Eyriqazz vs Denaihati : Duplicate Content

Tergamam melihat Italy dibelasah Sepanyol begitu sahaja ketika menulis entri untuk cabaran Eyriqazz vs Denaihati. Tidak pasti apa yang terjadi sebenarnya. Kualiti permainan yang pernah ditonjolkan Italy ketika berjumpa Jerman seperti hilang begitu sahaja. Mungkin juga disebabkan gol awal Sepanyol membuatkan Italy seperti hilang arah lebih-lebih lagi ketika perlawanan akhir menentang seteru yang bersemangat tinggi seperti La Roja. Apa-pun banyak kejutan ketika berlangsungnya EURO 2012. Kualiti permainan yang dipersembahkan memang bertaraf dunia dan berbaloi untuk menonton setiap perlawanan.

Eyriqazz vs Denaihati

Eyriqazz vs Denaihati : Cabaran SEO

Yang pergi tetap pergi. Kita berbalik semula kepada fokus peperangan keyword Eyriqazz vs Denaihati. Semakin hari semakin mencabar. Tangga pertama silih berganti dengan para peserta. Untuk menduduki tangga teratas rasanya seperti sukar sekali. Jika sebelum ini dalam keyword Lelaki Kacak, JebengOtai berada dimuka surat yang terbelakang, tetapi untuk Eyriqazz vs Denaihati ada jugalah bibit-bibit indah muncul di laman 7 keatas. Kebanyakkan entri Eyriqazz vs Denaihati JebengOtai adalah berkenaan dengan SEO. Istilah ‘canonical url’ memang memeningkan kepala ditambah pula apabila disemak, blog JebengOtai mempunyai ‘duplicate content’. Kalau dulu sibuk untuk menyuruh Google indeks blog, tetapi hari ini lain pula jadinya.

Eyriqazz vs Denaihati : Keburukkan Duplicate Content

Ketika mengelabah mencari cara untuk mengeluarkan ‘duplicate content’ didalam carian Google, saya telah menemui beberapa keburukkan yang tidak enak didengar untuk pengetahuan para blogger.

  1. ‘Duplicate content’ menurunkan PR. Saya boleh umpamakan setiap entri yang original akan diberikan 100% markah kerana ianya unik. Akan tetapi disebabkan masalah duplicate content, markah tersebut akan dibahagi samarata. Jika 2 atau 3 duplicate mungkin ianya tidak mempengaruhi. Bayangkan jika lebih dari 10, 50 atau 100 duplikasi, ianya akan memudaratkan PR para blogger.
  2. Masalah duplikasi akan menyukar Bot untuk mencari entri unik yang telah kita tulis. Bot akan membazirkan masa untuk ‘scan’ entri termasuk yang telah di duplikasi tadi.
  3. Masa yang diambil oleh Bot akan dianalisa oleh Google. Jika terlalu lama ia memberi isyarat yang tidak baik dan Google akan berubah fikiran untuk menurunkan PR kita.
  4. Omitted Result. Berhati-hati jika kita hasil carian Google menunjukkan ayat tersebut. Ia menunjukkan blog kita mempunyai ‘duplicate content’.

Eyriqazz vs Denaihati : Elak Duplicate Content

Beberapa teknik boleh digunakan para blogger yang menggunakan WordPress untuk mengelakkan masalah ini terjadi. Teknik-teknik yang boleh digunakan adalah seperti dibawah :-

  1. Blogger boleh menggunakan canonical tag [rel=”canonical”] untuk memberitahu Bot yang entri ini adalah salinan daripada entri yang asal. Ia juga memberitahu Bot supaya mengabaikan entri ini, tetapi indeks entri asal.
  2. Selain itu juga, ‘301 Redirect’ dapat membantu untuk melencongkan Bot dari memeriksa sesuatu entri itu. Akan tetapi kita tidak dapat mengesan sumber trafik dengan menggunakan kaedah ini untuk entri duplikasi tadi.
  3. Robots.txt juga dapat membantu para blogger untuk menyekat Bot dari terus ‘crawl’ kebahagian yang kita tidak mahu ianya di indeks. Dengan menggunakan kod ‘ Disallow’ kita boleh menghalang Bot tersebut.
  4. Meta Robot ialah kod yang diletakkan didalam ‘header’ setiap entri. Berbeza dengan ‘canonical tag’, ia memberitahu Bot samada perlu dofollow,nofollow,index,noindex dan bermacam-macam kod lagi. Untuk kes duplicate entri, kita boleh meletakkan ‘dofollow,noindex’
  5. Daftar Google Webmaster. Disitu terdapat pelbagai tool yang masih belum kita terokai. Terdapat fungsi URL Parameter dan URL Removal. Blogger boleh memilih tetapan untuk memberitahu Google samada perlu indeks ‘link’ tertentu atau pun mengeluarkan terus ‘link’ tersebut.

Eyriqazz vs Denaihati : Kualiti

Pokok pangkalnya jika entri berkualiti, blog tersebut akan mudah mendapat perhatian Google. Memang sukar untuk mencari identiti sendiri tetapi alah bisa tegal biasa. Jika sudah mendapat rentak penulisan ianya pasti mudah dilaksanakan. Semakin lama semakin saya sedar blogging ini bukanlah sesuatu perkara yang mudah, tetapi kepuasannya hanya para blogger sendiri yang tahu.

JebengOtai™
risau la plak..huhu 🙂

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 104 Comments

  1. Kulanzsalleh

    Blog aku pun banyak juga duplicate content dan description.. terutamanya kalau entri dibahagi kepada 2-3 pages..

    1. JebengOtai

      sy masih mencari2 lagi cara utk selesaikan mslah ini..huhu

      1. Kulanzsalleh

        Kalau ada maklumat nanti bro tolong kongsikan di sini..

          1. AkmaOmar

            Rupanya bahaya gak yer duplicate content ni.. bagi kesan tak baik gak pada seo..

  2. budak felda

    huh pokok pangkalnya utk berjaya dalam cabaran seo spt ini memerlukan kemahiran SEO yang tinggi juga rasanya…huh jauh lagi rasanya

      1. Hafizul

        ya sokong tu…aku baru study sikit, tapi peningnya tak habis smp hujjung tahun..hahaha

        1. hafizmd

          hahaha…mmg pening dan memeningkan…kalau dah sampai hujung tahun..mmg pening… =)

          1. mak lagenda

            klu yg terrer pun pening smpi ujung tahun, nmpknya mak tgk ajelah korang pening.

            Klu soh mak yg blajo, maunya pitam bangun,pitam bangun smpi tahun depan!!

            Kah kah kah kah…

          2. JebengOtai

            hehe.xper2..nnt dah abis pening mak lak pening sbb nk set kat blog nnt..hehe

  3. faizul

    Cerita pasal Italy malam tadi memang mengejutkan. Nampak macam bukan Italy yang mengalahkan German haritu. Sungguh kecewa.

    Cerita pasal cabaran SEO. Ermmmmmm…. mmmmm… ntahlah. Saya surrender.

    1. JebengOtai

      sama la bro..hmpir2 angkat bendera putih juga..hehe

      1. hafizmd

        pasal Italy, rasanya mereka dah sampai kemuncak masa lawan Germany…nampak pasrah jer masa lawan Spain…

  4. onlajer

    mahu sahaja aku berguru dengan kau jika aku bertukat flatform

    1. JebengOtai

      alamak..sy pon msih terkial2 ag..hehe

      p/s: tp kalo nk tukar platform sblum submit kat google mmg kene setting baik2 utk elak mcm ni..kalo dh byk entri agak kepayahan juga..huhu

  5. titan

    sebab tu, kena tulis artikel berkualiti. bukan copy dan paste.

    1. SuhairiDotCom

      Copy paste boleh titan asalkan kita ada edit & credit to author 🙂

      1. faizul

        betul tu, saya setuju. Letaklah kredit sedikit sebagai tanda respek. Bukan harta kita pun!

      2. titan

        masalahnya..ada gak yang copy paste..credit to author pun sama juga. sebijik. itu yang google kekadang tak suka juga.

        kalau edit..itu lain cite. hoho..

      1. onlajer

        Jadi google suruh ubah2 sikit ya walaupun copy dan paste

        1. JebengOtai

          yg tu x pasti lak..hehe

          kalo copy paste content ni dpanggil content scrapper lak..huhu

  6. nurmisnan

    Risau juga ada masalah begini.. pergi bikinlah..

  7. SuhairiDotCom

    No archive je pe yang tak patut. Thesis memang da ada fungsi tu 🙂

    1. JebengOtai

      hebat thesis ni..designer thesis tu mmg pakar seo..

      1. SuhairiDotCom

        Sebab tu dia berani jual mahal & tak lama lagi keluar Thesis 2.0 pula 🙂

  8. akubiomed

    Saya mengambil jalan selamat dengan cuba menyelesaikan masalah duplicate content dengan perbetulkan didalam Google Webmaster.

    1. JebengOtai

      yela..kene belajar guna url parameter dgn rremoval url tu..

    1. JebengOtai

      WP,cubecart dan semua yg guna page dynamic akan mengalami masalah ini..tetapi kite leh buat tetapan kat google webmaster..

  9. yas

    Aku pun dah angkat bendera putih dah bro….x lalu dah. Pr blog hrtu kena tndg gara2 lelaki kacak laa….hehehe

    1. hatiputera

      tukar domain biasalah,,sekejap jer tu..

      1. JebengOtai

        aah..bro leh pindah pr tu guna 301..bot akan faham..lepastu die pulang balik..hehe

  10. klcitizen

    Jebeng, sangat teknikal entri ini bagi saya. Memang angkat tangan tak faham dan biarlah … 🙂
    Setakat yang saya faham, kes merebut takhta dalam carian google kan. Kalau tak betul sorila .

    Apa pun, semoga berjaya 🙂

    1. JebengOtai

      btul tu btul..tp sedar x sedar kita mengundang google penguin utk patuk kita..huhu

  11. hatiputera

    blog aku banyak error 404 dan duplicate content…

    1. chii

      kta serupa la cik tom @–@

      1. cik tom

        tue la kan chii…rs complicated la kriteria…tkt plk nak main seo lebih2 sbb dgr ramai blogger yg kena penangan seo tue jadi pr jadi 0…mcm xberbaloi plk kl camtu..huhu

  12. arelan

    watpe nak duplicate kan.yang penting originality tu. jangan kita jadi orang tiruan.hoho

  13. Cikgu Hairul

    Duplicate content ni sebenarnya menda? Adakah kita duplicate/cetakrompak artikel orang lain atau ada dua tiga entri sama atau menuju pada tajuk entri yg sama dalam satu blog?

    1. JebengOtai

      Duplicate content ni ade dua..satu kalo kita sengaja copy paste org len nya article 100%,tajuk sama dll..

      yg kedua ialah cms tu sendiri yg generate duplicate content..cth kita tulis jebengotai.com/laburemas/..wordpress sendiri akan generate link tmbahan mcm bawah..

      jebengotai.com/tag/laburemas/
      jebengotai.com/category/pelaburan/laburemas/
      jebengotai.com/author/admin/laburemas/

      satu tajuk dah ade 3 @ 4 duplikasi..kalo 100 entri, 400 duplikasi..huhu

      1. Cikgu Hairul

        Owh kalau camtu cuba buat noindex pada tag, category dan archive. Saya jumpa dlm plugin All In One SEO function tu. Dah try, tapi tak tau lagi apa keputusannya.

        1. JebengOtai

          byk plugin seo ade noindex,dofollow ni..ttp masih ade ag kat google..huhu

          selain setting kat blog..kene setting kat google webmaster gak..

  14. zuls

    duplicate content memang bahaya.. backlink dari duplicate content juga merbahaya.

  15. zool

    oo bagus ilmu ni.. memang banyak duplicate content kat blog..

    1. JebengOtai

      bkn kita sengaja..tp WordPress yg direka mcm tu..kalo pki Joomla atau Drupal lagi haru..huhu

  16. Hafizul

    Memang aku pening pasal menda ni..harap ada la lubang untuk aku belaja menda ni semua..amat sukat untuk belaja sendiri…adusss…

  17. puteri kasih

    susah juga eh kalau ada duplicate content..kena cuba fahamkan tentangnya…masih blur blur lagi..hukk

    1. JebengOtai

      apa yg sy baca..pakar seo dan programmer wp x sependapat dgn duplicate content ni..huhu

  18. Manan Qayyim

    bahaya juga duplicate content ni ye….
    baik buat sendiri

      1. hafizmd

        aku rasa, kadang2 ada ayat2 yg kita tulis dalam entri berulang lagi dalam entri yg lain…agaknya ini jugak dikira duplicate content…iye ke bro?

        1. JebengOtai

          kalo satu dua ayat x apa kot..kalo separuh page..tu dh kira hmpir2 duplicate gak..huhu

  19. KY

    KY baru je dlm dunia blog ni..jadi belum mengerti apa2 tentang CEO NI hehehe

    1. JebengOtai

      sbnarnya tu amaran dari matt curts jugak..huhu

  20. ProfHariz

    Google dan Seo memang merumitkan kalau nak ikut betul-betul.

    1. JebengOtai

      rumit sbb konflik antara programmer,google dan trafik..

  21. iAwani

    ucapan “good luck” dari kami. Er, sukar sungguh nampaknya mau menonjol dalam cabaran SEO ini.

    1. JebengOtai

      mmg susah..kene byk bersabar sbnarnya..hehe

  22. Juan

    entry aku sendiri pon jauh kebelakang, aku pun x tau mcm mana nak upkan dia

  23. Mohammad Luthfi

    good luck. semoga berjaya. hmmm.. macam macam kontes sekarang ni ek? 🙂

    1. JebengOtai

      tq bro..mmg bermcm2 jenis contst..seo ni yg pling ssh la..hehe

  24. tehr

    nak dapat sempurna memang payahlah, bro
    hanya cuba yang terbaik pada kemampuan kita je

    1. JebengOtai

      yela..kit hanya pengguna shja..buat apa yg terbaik utk kita.. 🙂

  25. chii

    errr..rasanya wat masa ni x de hadapi probs ni..ke chii yg x perasan

    1. JebengOtai

      secara semulajadinya wordpress ni ada mslh ini..semua cms guna dynamic page..mmg x dpt dielakkan..tp ianya boleh dielakkan..

  26. Amirez

    first time dengar canonical tag. nice sharing. banyak juga membantu ni

  27. kak ina kl

    adusss pening akak nak faham benda ni semua…cuba nasib ajer

  28. azriMy

    ini lah masalah yang selalu saya hadapi, thanks bro share cara nak atasi.. nanti nak try jgk lah

    1. JebengOtai

      yela..sy pon tgh mencuba..x pasti berjaya ke tidak..huhu

  29. irsah

    suka ayat yang last – “tetapi kepuasannya hanya para blogger sendiri yang tahu.” memang betul dan asa semua blogger setuju. terbaik bro.

    1. JebengOtai

      yela..org lain yg xder blog ssh nk phm hati blogger..hehe

    1. JebengOtai

      blog saya?..haha x der la..dh jauh sgt kebelakang..

  30. Anuar

    Artikel yang sangat menarik..

    terima kasih di atas perkongsian info.. 😉

    1. JebengOtai

      ranking kesembilan?..ranking utk apa ya?

      sy pon bru jer belajar..sama2 kita berjuang 🙂

  31. jaerul

    payah jugak yer dengan duplicate content ni,. paling malang boleh mempengaruhi PR blog blogger yang lain jugak,.

  32. miss yaty

    hebat penangan eyriqazz vs denaihati..good luck. 🙂

  33. Bang Iwan

    Duplikat konten adalah istilah yang digunakan dalam bidang SEO (search engine optimization) untuk menggambarkan adanya duplikasi yang muncul pada lebih dari satu halaman web dalam situs web yang sama

    1. Bang Iwan

      Duplikat konten bisa timbul karena settingan engine blog yang kurang pas (meskipun settingan itu punya manfaat lain) seperti akibat adanya paginasi halaman atau penomoran halaman

      1. Bang Iwan

        Dalam kondisi tertentu munculnya duplikat konten kadang-kadang tidak terlalu berpengaruh terhadap hasil indek dan SERP di search engine khususnya Google.

        1. Bang Iwan

          Dalam hal ini saya pernah mengalaminya (muncul duplikat konten di Google Webmaster), bahkan jumlahnya sampai ratusan, yakni saat terjadi pergantian permalink blog

  34. eszairy

    Kadang-kadang pening jugak bila masalah camni berlaku.sungguh tidak menyeronokkan..

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.