Duti Eksais : Harga Kereta Murah Selepas PRU13

Selepas janji ‘pendidikan percuma‘ diberikan, kini PR berjanji ingin mengurangkan harga kenderaan di Malaysia dengan meletakkan duti eksais pada kadar paling minimum untuk dinikmati rakyat Malaysia. Isu ini timbul setelah ramai yang berpendapat mengapa harga kenderaan tempatan mahal walaupun dijual kepada rakyat Malaysia sendiri. Harga kenderaan yang mahal adalah disebabkan duti eksais atau cukai dikenakan kepada kenderaan bermotor di Malaysia samada import mahupun buatan didalam negara. Jika PR berjaya didalam PRU13, harga kereta tempatan akan berlegar di sekitar RM30,000 manakala kereta import pula sekitar RM50,000. Dengan pengurangan harga ini, rakyat yang berpendapatan rendah mampu memiliki sebuah kereta untuk keperluan dan kegunaan keluarga. Saya sudah tentu menyokong idea yang dibawa PR ini. Tetapi adakah idea ini betul-betul bermanfaat kepada kita sebenarnya?

duti eksais

Duti Eksais : Beli Barangan Tempatan

Ini hanyalah pendapat peribadi sahaja kerana saya sendiri pun tiada kelayakan berkaitan dengan ekonomi. Mungkin ramai yang akan mengatakan saya gila menyokong harga kereta mahal. Tiada siapa pun yang mahu membeli kereta mahal dengan kualiti sederhana. Pengurangan duti eksais ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada negara. Jika harga kereta di Malaysia diturunkan kepada paras minima, kita tetap akan membeli kereta import yang lebih mahal dari kereta tempatan. Siapa yang tidak mahu kereta Honda, Suzuki, Mitsubishi, BMW dan lain-lain dijual pada harga rendah yang kualitinya lebih bagus sedikit dari kenderaan tempatan. Lebih ramai yang membeli produk luar, lebih banyak matawang kita mengalir keluar negara. Terlalu banyak aliran ini boleh menyebabkan inflasi dan memberi kesan negatif kepada negara kita. Kilang-kilang kereta tempatan terpaksa bergelut dengan mengurangkan kos operasi. Ribuan rakyat Malaysia yang lain pula berisiko akan diberhentikan kerja. Kesan domino ini akan melarat kepada institusi masyarakat, keluarga dan individu. Kes jenayah dan isu keselamatan pula yang meningkat. Jika kita mementingkan diri, pasti kita akan cakap apa kaitan isu duti eksais dan kehidupan masyarakat setempat? Biarlah mereka, yang penting saya dapat membeli kereta murah dan tidak menyusahkan orang lain.

Duti Eksais : Dana

Pendapatan negara sudah tentu berkurangan. Dana ini menguncup dan pihak bank akan mengetatkan lagi pinjaman. Berkemungkinan faedah akan menjadi lebih tinggi dari sekarang. Disebabkan harga kenderaan murah, pastinya akan ada peraturan pelupusan kereta yang melebihi tempoh. Mungkin setiap selang sepuluh tahun kita akan bertukar kereta baru. Kita akan terus berhutang sampai bila-bila. Jika peraturan ini tidak dibuat, mungkin pasaran automotif berada dalam keadaan ‘stagnant’ atau tidak bergerak kerana jika sudah memilik Mitsubishi Lancer, pasti kita sudah puas hati dan tidak mahu tukar kereta lagi. Lambakan kereta dipusat jualan pastinya mempengaruhi ekonomi semasa. Manakala harga semasa kereta terpakai akan jatuh mendadak. Bayangkan tiada yang ingin membeli kereta lagi, pusat jualan ini akan ditutup dan ramai akan menganggur. Semakin tinggi pengangguran memberi gambaran bahawa ekonomi tidak sihat. Harga kereta lelong akan jatuh merudum dan tersadai. Pihak bank akan mengalami kerugian hutang tidak terbayar. Sebab itulah mengapa kadar faedah ditinggikan untuk menyerap kos kerugian tersebut.

Duti Eksais : Insurans dan Cukai Jalan

Baguslah jika kadar insurans dan cukai jalan sama selepas penurunan harga kereta. Jika ianya dinaikkan pasti ianya mempengaruhi pembelian kereta baru di Malaysia. Kita selalu terlepas pandang dan membandingkan harga kereta diluar negara lebih murah, tetapi sudahkah kita membandingkan kadar insurans kenderaan di luar negara? Jika peraturan pelupusan kereta dilaksanakan, kita tetap akan membayar insurans yang mahal ini untuk pembelian kereta baru setiap tahun untuk setiap kereta yang kita miliki, Wal balik wal asal, ianya tetap sama sebelum kereta diturunkan harga. Mungkin ianya lebih membebankan pengguna dan rakyat Malaysia.

Jebeng Otaiâ„¢
Hanyalah pendapat, tiada fakta disertakan..

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 117 Comments

  1. jebengotai

    kalo isu harga rumah..kompem sy sokong..huhu

    1. Blog Asyraf

      Update la pasal harga rumah ni, nanti suruh pemimpin PR baca, konpem nanti janji nak bawak turun harga rumah pulak 🙂

      1. jebengotai

        btul jugak tu..untung kita semua..huhu 🙂

      2. faizul

        betul tu bro, kalau dibawa isu rumah ni gerenti lagi bertambah-tambah penyokong PR nanti. Usaha yang mendatang faedah rakyat saya setuju.

        Tapi kalau bersifat sementara baik tak payah. Sebab kesan pada masa akan datang yang akan tanggung adalah anak-anak kita.

        ini namanya ‘butterfly effect’

        1. jebengotai

          btul..hal kecil akan melarat dan menjadi besar..

      3. hafizmd

        hahaha…best komen ni 😀

      4. dennis

        aku lebih suka kalau harga rumah diturunkan rather thn harga kereta. apa ada pada kereta? sedih cz kerajaan sekarang ini buat2 lampi plak. xreti nak berhujah sgt

    2. Mus

      rumah lagi penting.. kat kk ni mahal melampau harganya

      1. jebengotai

        hartanah mmg isu utama skng..tgh nnt kan apa janji pr..kalo ok..leh pakat2 terima..hehe

    3. mak lagenda

      Hah..betui tu. Turunkan harga umah la baru betui.Harga kereta murah nk buat apa..sok lusa,makin lama makin xde harga kereta.

      1. jebengotai

        tu aa..kalo harga rumah turun..leh bli time muda2 kelia ni..hehe

        1. onlajer

          aku kalau kedai pejabat lagi suka turun harga, asyik orang dia cea je.

          1. onlajer

            maksud aku perlu ada kawalan untuk membeli unit2 kedai pejabat dan mengawal harganya supaya ramai bumiputra yang mampu memilikinya. Dan aku sarankan korang yang belum ada rumah untuk membeli unit ini kerana bahagian bawah anda boleh sewakan atau berniaga dan dibahagian atas boleh buat kediaman anda dan jangka masa yang panjang ia sangat menguntungkan berbanding dengan rumah kediaman.

          2. jebengotai

            owh..btul2..mmg x rugi beli bangunan jenis ni..cuma x der lama je la..huhu

  2. yas

    Satu kupasan yg terbaik dr bro jebeng otai….takkan semudah abc saja nk tetiba turunkan harga kereta…hehehe

    #Gomen pun kurang masyuk bila cukai diturunkan….tp sblm tu PR kena tunaikan janji semasa PRU12 di Selangor dulu. Banyak janji tak tertunai…..

    1. jebengotai

      mcm2 alasan diberi utk tunai janji..bila pihak kerajaan janji, ade pula yg kata kene balas budi ker?..mcm x ikhlas jer..

      mcm2 org kita skang ni.. 🙂

      1. Blog Asyraf

        Janji lama tu, jangan lupa tunaikan..dah nak masuk pru13 ni..

          1. Blog Asyraf

            Kang ditukar kerajaan kakaka..

          2. hafizmd

            org marah bila gomen buat salah…kalau selain gomen, tutup mata jerlah….ehem ehem 😀

    2. faizul

      Kalau PR berjanji katanya itu untuk kemudahan rakyat, kalau kerajaan berjanji katanya itu mengumpan rakyat.

      Tepuk dahi aku.

      1. hafizmd

        keh3….biasalah…aku dah lama tepuk dahi ngn statement camni…

  3. nurmisnan

    Bagus tuh tapi buktikan dulu baru percaya…

    1. jebengotai

      btul..ibarat mcm tiang..jika mahu gantikan tiang yang lama, kene pastikan tiang yg baru tu seteguh yang lama.. 🙂

      p/s: tiang yg dimksdkan ialah duti eksais ini..byk digunakan utk pembangunan dan lain-lain yg secara tidak sedar kita guna..

      1. Blog Asyraf

        Kena bg kuasa baru boleh buktikan kod ekeke.. *joke*

        1. jebengotai

          Boleh undi.tp sblum tu kene explain mcmane boleh kurangkn duti tnpa apa2 kesan buruk kpada kita..cuba kaji..bila terbukti bjaya..baru kita tahu ini dri idea siapa..mngkin kita x pilih pru13..kita akn pilih pru14 pula..

  4. Denaihati

    janji manis biasa je rasanya. mudah mudah nak terus implement, macam2 excuse ada nanti.

    1. jebengotai

      Hnya menabur janji..blum pasti ditunaikan..

  5. eiela

    tak tau lah camne, kalau kurang yg ini selalunya yg lain plak dilebihkannya nanti.

  6. titan

    susah nak turun melainkan negara tetiba jumpa lombong petrol kat mana-mana untuk bekalan beratus tahun lamanya..

    1. hafizmd

      hahaha…komen titan mmg logik!

  7. Blog Asyraf

    Janji perlulah ditunaikan..lepas ditunaikan, janganlah mengungkit pulak hehe..

      1. Blog Asyraf

        Itu lah, hanya macam nak raih undi bila diungkit-ungkit..huhu..

  8. Blog Asyraf

    Mungkin ini hanyalah janji PRU13..

      1. Blog Asyraf

        Harap-2 tak begitu..

  9. muazfaris

    wahhh, semoga turun la harga nye. dpt gua grab satu..

    1. jebengotai

      Kalo insurans sama bestla..huhu..tp sakit gak kalo kene lupus keter..huuhu

  10. Hafizul

    Emm aku baru beli motor bajetnya nak kurangkan duit minyak kereta..bagus la kalau betul terjadi apa yang dikata tu..boleh aku pakai bmw 5 series..hahaha

  11. MDHAFiZ.NET

    Hehehe.. malas la aku nak komen byk …klu aku komen pedas2 nanti ada pulak yg marah kt aku x sokong Melayu/Malaysia/Proton.. org mcm aku yg tinggal kt pinggiran Malaysia ini cuma mampu berangan je lah nak kereta Audi, Volkswagen, Ford, Kia, dan Hyundai selagi aku kt Malaysia nih.. .klu kt Brunei & Indonesia even Thailand senang2 je nak beli Toyota Vios & Camry. dh mcm kereta Proton Waja lh pulak.. tp bila tiba kt Malaysia.. mak datuk.. .x mampu abg. …bergetar tangan nak angkat toyota vios 2nd 68k. Btw..Teruskan sokong Kereta Buatan Nasional!! Janji Ditepati Kini Masa Utk Balas Budi. .. kena ingat tu ye tuan-tuan… .hehehhehe… .

    1. jebengotai

      hehe..x kisah bro..asalkan komen tu membina,mungkin ada yg sy terlepas pandang..setiap idea tu bernilai dikongsi ianya jadik emas..disimpan ianya x jadik apa2.. 🙂

      1. hafizmd

        betul tu…nak tak nak…kalau nak angkat benda2 camtuh…kena kerja double or triple dari apa yg kita buat sekarang…

        p/s-kagum ngn bro khai (justkhai) yg boleh angkat kia forte (aku rasa dia mampu nak angkat lebih dari forte…)

  12. Fahmi Raazali

    Kalau saya tidak silap, ia akan diturunkan secara berperingkat. Ada pro dan kontra akibat penurunan itu. Asalkan semua hasil kembali kepada rakyat dan tidak merugikan negara apa salahnyakan? 🙂

    1. jebengotai

      btul..yg penting mekanisma yg mcmane digunapakai..harga mmg boleh turun..masalah berkait seperti insurans adakah ianya kekal seperti sekarang atau berlainan..yela kereta 2000cc mesti ramai yg nk test power.. 🙂

      begitu juga dgn kereta yang dah lama..wajib lupus atau pun tidak untuk elakkan pasaran automotif stagnant..mcm2 ag..

      kalo diterangkan dengan jelas kadar insurans sama, tiada pelupusan kereta dan lain2 perkara..saya 100% setuju.. 🙂

      1. hafizmd

        benda baik…mesti kita setuju…cuma nak lebih jelas dan terang..dan penting ia praktikal 😀

        1. jebengotai

          cuma x tahu camne pelaksanaan shja..idea baik tu.. 🙂

  13. Juan

    saya lebih suka jika harga rumah yg turun, ehhehe, kereta boleh jadi besi buruk, kalau rumah, kita kehilangan kerja pon boleh lagi hidup berbumbung dan bermamamkan nasik serta berlaukkan ikan masin, hehehe

    1. jebengotai

      btul bro..kalo rafizi pilih isu rumah komprem sy sokong 100%..keter tu xder x per..rumah tu yg penting..

    2. chii

      chii setuju gak..lagpun harga kereta akan susut..berbanding rumah yg semakin melambung tnggi..

      1. jebengotai

        kesian kat org2 muda..x mampu k bli rumah..huhu

  14. shraqs

    AKu bab2 janji org politik skrg nih memang tak masuk dah. Malas aku nak layan, sebelum dapat,.. bolehla cakap macam2,.. dah dapat takkan macam2 jugak kot? 🙂

  15. hatiputera

    kalau duti eksais diturunkan,,ramaila yang merasa pakai evo ori…bukan convert.hahaha.

  16. irsah

    Harga hartanah bandar-bandar utama pulak naik mendadak, kecuali Johor. Selepas ini, isu rumah kot?

    p/s: Terasa bahang PRU dah dekat.

    1. jebengotai

      isu rumah mmg dpt sambutan hngt..ade yg kata harga rumah melambung di selangor disebabkan isu pasir..dulu satu lori baru 200-300..skng dh cecah 800 selori..

  17. Azwan Muhamad

    Cuba mana2 parti politik yang bertanding meletakkan dalam manifesto mereka akan menghapuskan semua tol di seluruh Malaysia jika menang dalam pilihanraya. Agaknya2 berani tak mereka?

    1. jebengotai

      sy x berapa pasti lah..mungkin jika dihapuskan kita terpaksa belanja 800 juta utk tampung kos selengara rangkaian lebuhraya setiap tahun..mmg idea yg menarik ttp sukar dilaksanakan..

      tp sy lebih suka idea mcmana nk jana 800juta dan bgunkan msyarakat pedalaman.. 🙂

    2. rahman

      tol berapa kerat je merasa.. harga kereta satu malaysia merasa terutama yang gaji rendah.. kalau pengangkutan awam efisien kawan pun x mau naik kereta.. kalau pemandu empat roda semua berhemah.. nak naik moto pun tak takut..

      1. jebengotai

        psl pemanduan berhemah tu..mmg kita ade mslh skit..hehe

  18. sollehahn

    sangat malas nak ambil tau pasal politik ni skang…tapi tak bleh nak lari, sebab keje pon dgn org politik…huhuh

  19. CtBou

    klu dapat di realisasi memang kebaikan untuk semua rakyat Malaysia..

    1. jebengotai

      mmg bgus sbnarnya jika sperti yg sy ckp insurans dan perkara lain dikekalkan.. 🙂

  20. azman

    Aku mintak harga rumah jer kasi turun sikit,keta tu makin lama harga makin jatuh…he3..buatlah apa2 pun PR OR BN..janji kami rakyat selesa sudah.

    1. jebengotai

      btul bro..rumah mmg penting skng ni..x kira sape2..yg penting dpt selesai kan isu harga rumah melambung tinggi..

      1. rahman

        insyaallah.. kereta dulu.. pastu rumah.. sebab kereta ni barang lupus.. jadi kereta kene turun harga dulu.. biasanya pun org muda beli kereta dulu lepas tu baru rumah.. kalau harga kereta jadi harga sepatutnya.. lebihan wang tu boleh bayar ansuran rumah.. kemudian harga rumah bolehlah kita kawal pulak.. saya sokong harga rumah makin mahal..

  21. daddydee

    ada baik dan buruk nya…pendapat tuan memang benar…

    kalau harga kereta import turun memang tak pakai la kereta Malaysia…macamana proton dan produa nak survive nanti??

    memang kadar inflasi akan meningkat itu yang akan merisaukan…tak mahu saya nanti harga teh tarik pun jadi RM5…hehehehe

      1. hafizmd

        tarik dari tingkat paling atas kat klcc 😀

    1. faizul

      Kalau nak membunuh industri tempatan, inilah caranya.

      1. jebengotai

        bukan membunuh industri shja..mengheret orang lain sbb peningkatan inflasi..

        1. rahman

          kalau kita berjaya turunkan harga kereta, kenapa pulak kita tak boleh kawal harga makanan? kalau semua nak ditakutkan, lebih baik jadi ‘lembu yang dicucuk hidung’.. hidup umpama bertuhankan manusia.. kene beranilah.. semua tu teori yang dicipta manusia, bukannya ketetapan tuhan.. takdir pun boleh berubah disebabkan doa..

          1. jebengotai

            harga kereta boleh turun..tp bagaimana dgn insurans,cukai jalan dsbnya..silap2 leh naik berganda2..

            harga makanan boleh dikawal, itupun kalo supply melebihi permintaan..utk buat ms skang ni agak payah juga..

  22. onlajer

    yahoo class e atau 5 series hehe

  23. anif

    Harga kereta turun? Banyak masalah lain yang bakal timbul nanti..

    1. jebengotai

      ditakuti mcm tu la kalo tidak diubah atau sistem sedia ada kalo harga turun..

  24. kimmie

    ada baca juga tentang isu ini di suratkhabar. Mengikut penganalisis bank, kalau betul harga kereta turun, mungkin akan mengurangkan perkembangan bank dari segi loan yang mereka keluarkan. Bila sikit loan dikeluarkan, maka sikitlah untung bank dapat, mungkin ini akan memberikan kesan kepada pendapatan bank – bank tempatan. Macam yang JebengOtai cakap, saya pun bukan pakar ekonomi, mungkin banyak yang perlu dikaji oleh mereka sebelum membuat sesuatu keputusan.

    1. jebengotai

      selain itu efek kat bank bila kereta yg kene tarik, lepastu kene lelong mmg dh x laku..sbb harga kereta baru lagi murah..so bank x dpt blik income die..

      1. hafizmd

        sudahnya, kedai kereta terpkai dan kereta lelong akan bungkus…betul ke?

        1. jebengotai

          mungkin jugak bro..bila bisness x jalan..mm lingkup la..huhu

          1. rahman

            semua tu teori sahaja.. belum terbukti.. ada berani cuba realisasikan idea ‘turunkan harga kereta’? anda lelaki??

          2. jebengotai

            kene kaji..jgn ikut berani..bgaiamana dgn hutang piutang bank x berbayar disebabkan kereta dah dilupuskan..

            byk perkara perlu dipertimbangkan..mungkin utung pada kita,x pada org lain..

  25. akubiomed

    Tidak mustahil ada yang turun dan ada yang naik untuk mengimbangi kembali. Apa nasib kereta buatan tempatan mampu bersaing jenama yang sudah ada nama nanti?

    1. jebengotai

      walaupun kita buat lebih baik dri kereta import..kita ttp akan bli kereta luar..hairan kan..

      1. hafizmd

        ini semua mentaliti 😀

        1. rahman

          kereta nasional mesti fikirkan cara macam mana nak survive.. selama ini pun rakyat sudah 27 tahun bertungkus lumus membayar harga yang mahal berbanding kualiti untuk memastikan keuntungannya.. ini masa untuk proton membalas jasa rakyat.. proton perlu lebih patriotik.. rakyat telah 27 tahun patriotik menyokongnya..

  26. chii

    xmo komen sgt…tp rasanya better turunkan benda yg lg penting berbanding kereta 🙂

    1. jebengotai

      yela..tp rasanya die nk raih sokongan pengundi muda agknya..

      1. rahman

        pengundi muda dan sudah berkeluarga.. sebilangan kecil yang berpendapatan tinggi sahaja yang menolak idea ini.. majoriti menyokong.. umpama nisbah 100:1?

        1. jebengotai

          pada saya pengundi muda berkeluarga lebih prefer hartanah berbanding kereta..sbb perlu ulang alik dari tmpt kerja, ambil anak sekolah..jika terlalu jauh pastinya membebankan pula untuk kos minyak,tayar dsb..

          jika menyewa pula jauh lebih mahal dari kadar bayaran bulanan membeli rumah..betul kan? 🙂

  27. Juadah

    Kami beli kereta “mewah” kat Langkawi. harga murah giler. lebih kurang separuh harga dr kat kl. Yg peritnya, setahun ada tempoh tertentu ja kereta tu boleh bawa keluar dr pulau lngkawi.

  28. puteri kasih

    kalau berjanji kena ditunaikan..jangan nanti janji tinggal janji..hehe

  29. gamep01nt

    kalau xde duti2 eksesais pebende semua, mmg x laku la proton. ye dak?

    1. jebengotai

      xpasti pula..kalo insurans sama dan tidak kene lupus kereta..kalo berubah, rasanya x semua mampu bli

      1. rahman

        teori saya : proton mesti laku macam biasa.. sebab harga proton pasti lebih murah dan kalau beli akan ada banyak penjimatan dari segi bulanan. contoh untuk saga bulanan jimat 200 x 108 bulan = 21,600. kemudian upgrade preve bulanan jimat 350 x 108 = 37,800. jumlah penjimatan sepanjang 18 tahun pakai kereta = 59,400. majoriti orang akan lebih suka menabung duit penjimatan itu nanti untuk hari tua.. hari bila tak ada pencen, kwsp habis dan tak dapat nak bekerja lagi.. kes lupa diri hanya kes terpencil.. tak perlu diperbesarkan.. kalau sudah ada anak isteri, tak mungkin akan lupa diri?

  30. booBlogs

    sepatutnya sudah lama duti eksais di kurangkan. banyak lagi sektor yang boleh di jadikan sumber pendapatan negara. dan jika betul seperti di janjikan harap-harap bertahanlah selepas pilihanraya pun.

  31. sani

    PR cuma main isu bila terserempak secara kebetulan saja bukan manifesto asal..opportunist betul!! takder dalam buku jingga pun. harga kete nak urang berapa ringgit? RM500? RM1,000,00?.. kalau semua cukai nak dikurangkan, mana PR nak dapat duit nak tampung subsidi-subsidi? temberang kuat! tunaikan dulu manifesto diselangor, penang, kedah dan kelantan..baru rakyat percaya…dapat perintah negeri yg kaya tapi hampir 80% menifesto 2008 hanya tinggal janji!

  32. rahman

    Kebajikan puluh juta rakyat nak dibandingkan dengan kebajikan ratus ribu orang? huh.. PR my choice.. To hell with BN. My choice. Who are you to judge?

  33. adam

    Klu nak rakyat tahu lebih jelas dan terang pasal duti eksais dan segala macam yang PR nak bagi pada rakyat, TV hak kerajaan, hak rakyat, bukan hak UMNO/BN mutlak..UMNO hanya mengurus harta rakyat sbb dia keraajaan sekarang…biar PR perjelas melalui TV bg adil dan ada demokrasi…mudah utk PR bagi perjelasan, mudah utk rakyat dengar dan analisa…Cuba senarai dan kaji apa kebaikan dan keburukan di negeri2 PR perintah selama hampir 5 tahun dan senarai kebaikan dan keburukan BN perintah 50 tahun sebelum tu…Jika Kerajaan UMNO/BN sekarang tidak takut pada azab Allah, teruskanlah menipu rakyat…Rakyat yang ditipu adalah dizalimi, doa org yang dizalimi tiada hijab dengan tuhannya…org yg menzalimi org sahaja akan takut dengan doa org yg dizalimi….org yg xpernah zalim org rileks jer…

    1. jebengotai

      konteks zalim itu sgt luas pada sy..adakah pembangunan ekonomi sehingga wakil imf mengiktiraf malaysia sebagai negara yang unjuran ekonominya menaik berbanding negara2 lain dikatakan zalim?..adakah itu penipuan?

      adakah suatu ketika dulu jika kita meminjam imf semasa krisis ekonomi 1998 dikatakan adil?

      tidak dapat dinafikan kerajaan bn byk melakukan kesilapan ketika pemerintahan..tetapi kita tidak boleh menidakkan kemajuan negara disebabkan acuan mereka..pada sy kedua2nya tidak sempurna tetapi memilih yg kurang kerosakkann pun tuntutan juga..adalah lebih baik orng kita yang menerajui negara berbanding boneka yg dikawal oleh pihak2 lain..

      byk juga pembaharuan yg dijalankan pr..tp isu air dikelantan dh bertahun2 juga x selesai..

  34. Abu

    owh…royalti minyak di kelantan kenapa kerajaan pusat tak bagi spt negeri lain? lebuh raya di kelantan yang dijanjikan dalam bajet kenapa kerajaan pusat tak buat? kenapa susah sangat nak bagi kebebasan media pada pihak pembangkang juga? Ya, UMNO memang menjadi boneka MCA hingga takut nak tegur keceluparan mulut CSL yg menghina hukum Islam…dah tau banyak kesilapan kenapa masih berkeras tidak mahu berubah ke arah yang lebih baik apabila di tegur? itu namanya degil… sebab tu rakyat nak ubah kerajaan sekarang…56 tahun dahhhhh…..ce try 5 tahun Kerajaan baru….klu xnak kita tukar balik….susah kat mana tu? En jebengotai cuba senarai dan kaji apa kebaikan dan keburukan di negeri2 PR perintah selama hampir 5 tahun dan senarai kebaikan dan keburukan BN perintah 50 tahun sebelum tu…masuk dalam blog en ka sbb ramai follower tengok….kita tengok yg mana paling least kerosakan dan yg mana paling worse mengikut percent tahun memerintah…pastu terserah kepada pembaca nak menilai…huhu…banyak tanda soal tu…cer bg penjelasan….kot2 ada geng2 PR baca penjelasan en jebengotai boleh berubah sokong BN ker…seronok sikit Najib bleh bubar parlimen cepat ckit…

    1. jebengotai

      mengikut apa yg sy faham..perjanjian tersebut antara kerajaan pusat dan negara thailand..dibawah kerajaan pusat adalah gabungan negeri2 didalam malaysia..so royalti minyak diberi kesemua negeri sama rata..rasanya yg tu lebih adil..

      mungkin keceluparan CSL disebbkan kejahilannya dalam agama kita..bagaimana pula dgn tokoh yng mengatakan melayu pun berhak bebas memilih agamanya sendiri..bangsa seagama sendiri berkata begitu..tiada siapa yng berani menegur sbb anak kepata ketua umum..

      idea yng baik untuk menyenaraikan keburukkan dan kebaikkan kerajaan bn dan pr mengikut tahun memerintah..kerajaan pr sudah nyata2 berdiri atas platform yg dibina pemimpin terdahulu..rasanya mcm tidak adil pula..bagaikan lembu punya susu sapi yang mendapat nama…

  35. Abu

    lembu???…thinking about kak jat…hehe..mmMMooo…ape cer lah kes tu kan…lembu ke sapi ke gajah ke….itulah demokrasi kan…rakyat bebas memilih kerajaan….dan kerajaan akan besilih gantilah…kena terimalah kan…klu takut dibadai ombak jangan berumah di tepi pantai…huhu….Najib apa cerita Anwar ajak berdebat lama dah? Baru kena Ketua Pembangkang dengan Perdana Menteri…ker bukan budaya kita…tapi banyak jer debat2 lain dibuat…pasal media tu camner en jebengotai?

    1. jebengotai

      psl media pon sy pon setuju untuk kedua2 pihak mendpt layanan yang sama..x perlu berdemo bagai dan melakukan kerosakkan..mungkin pendedahan isu sbgai cth seperti pengundi hantu yg didakwa bersih dpt dijelaskan dgn terperinci..seperti debat antara kj dan ambiga..ataupun penjelasan berkenaan kebebasan beragama utk org melayu..hutang talam dsbgainya dpt dibincangkan kedua2 pihak..

      utk mengaitkan kak jat dan nfc seperti x adil pula..walaupun yg melakukannya ialah keluarga sendiri..mungkin kelemahan pemberian kontrak perlu dikaji utk mereka yg mampu melakukan sesuatu projek..

  36. nurul

    tahun 2013, manifesto najib juga turunkan harga kereta..

    1. jebengotai

      btul turunkan cukai dan harga kereta secara beransur…pr mansuhkan @ hapuskan cukai kereta trus..huhu

  37. Sewa PA System Kahwin

    saya tertarik dengan kelebihan bagi warga OKU untuk membeli kenderaan dengan harga yang saya anggap cukup istimewa iaitu pemotongan 100% duti eksais kenderaan seperti diwarwarkan oleh treasury (rujuk: . Namun begitu merasa amat terkilan apabila saya berjumpa dengan beberapa branch manager kenderaan nasional, mereka hanya menawarkan pemotongan sekita RM200-RM800 bergantung kepada jenis kenderaan. Adakah ini sahaja jumlah pemotongan yang diperolehi warga OKU dibawah insentif ini?

    Pihak tuan tentu sudah sedia maklum bahawa duti eksais bagi suatu kenderaan minimum adalah 75% daripada harga CIF sesebuah kenderaan seperti yang termaktub di bawah doket price yang dikeluarkan oleh kastam (rujuk:
    . Mengambil contoh sebuah kenderaan seperti Proton Saga FLX, sekiranya harga pasaran ~Rm40,000. setelah ditolak dengan duti eksais anggaran kasar harga kenderaan akan berada di dalam lingkungan RM18,000-25,000 sahaja.

    adakah berbaloi golongan OKU bersusah payah membuat permohonan ini seandainya hanya Rm200-Rm800 rebat sahaja yang diperolehi. Pihak MOF mewarwarkan kemudahakan yang kelihatan amat menarik, namun realitinya tidak seindah janji. kos perbelanjaan untuk membuat permohonan sahaja memakan wang sekitar Rm100-300. Tawaran jualan akhir tahun lebih menarik dengan rebat RM3000-Rm5000 bagi sesebuah kereta.

    sekiranya MOF ikhlas menawarkan keistimewaan ini kepada golongan OKU. Mohon wujudkan kerjasama dengan pihak pengeluar kenderaan nasional dan keluarkan list harga bagi setiap jenis kenderaan seperti yang telah dijanjikan. tidaklah warga OKU terkial-kial pergi ke setiap branch untuk bertanya berapakah waving atau nilai kenderaan setelah ditolak duti eksais kerana akhirnya mereka akan kecewa kerana bukan pemotongan duti eksais seperti yang dijanjikan yang akan diperolehi tetapi hanya lah wang ehsan. ini memudahkan kami untuk mengetahui apa yang MOF tawarkan.

    Sekiranya pihak MOF tidak mampu mengotakan apa yang dkata lebih baik hapuskanlah sahaja keistimewaan yang diwarwarkan itu. contohi JPJ, Transnasional, dan Imegresen iaitu mengotakan apa yang dikata.kami warga OKU buka mengharap dan meminta-minta. tapi sekiranya ada kemudahan apa salah kami gunakan.

    Apa yang saya perkatakan adalah maklumat dari pengalaman saya sendiri, sekiranya salah mungkin ada pihak yang cuba mengambil kesempatan mengaut keuntungan.

    Sekian, terima kasih

Leave a Reply to nurul Cancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.