Defisit Malaysia Tahap Kritikal

Ramai dikalangan rakyat Malaysia yang begitu prihatin dengan perkembangan ekonomi semasa negara tercinta, Malaysia. Ada yang tidak berpuas hati gara-gara hutang atau defisit Malaysia sudah mencecah 54% dari KDNK Malaysia pada tahun 2004 iaitu perbandingan 8 tahun yang lalu hingga 2012 seperti yang dilaporkan  Berita Semasa .

Jika kita tidak memahami teori pengurusan ekonomi , kita tidak akan faham termasuklah diri saya sendiri yang sememangnya tidak tahu menahu mengurus ekonomi skala besar. 54% defisit amatlah besar dan sesiapa sahaja yang membacanya akan menjadi gerun mendengarnya serta menimbulkan panik dikalangan rakyat.

Analisa
Seperti biasa kita haruslah analisa dahulu sebelum menerima bulat-bulat segala informasi sama ada benar atau pun salah. Dalam hal ekonomi, saya tiada tauliah untuk menganalisa perihal ekonomi walaupun ekonomi negara sendiri. Walaupun begitu, entri yang ditulis blog berkenaan tidak menyatakan pula unjuran perolehan pendapatan atau KDNK Malaysia 2012 sebagai melengkapi proses kira-kiranya dan hanya menekankan defisit negara semata-mata.

Samada bidang ekonomi, kejuruteraan, perubatan dan lain-lain, kita seharusnya mengumpul maklumat atau parameter yang boleh digunakan sebelum analisis dilakukan. Jika hanya menekankan satu aspek sahaja, kita tidak dapat melihat petunjuk sebenar atau memahami situasi semasa. Umpama melintas jalan, kita seharusnya pandang kiri , kanan dan kiri sebelum dapat ,melintas dengan selamat.

Defisit Malaysia
Sukar untuk saya jelaskan, tetapi artikel dari EconsMalaysia menarik minat saya kerana penjelasannya mudah difahami. Walaupun begitu,  defisit ini disokong atas sebab-sebab tertentu yang boleh memampung atau memberi pulangan ke atas perbelanjaan tadi. Permintaan sektor pertanian bertambah, peningkatan keluaran minyak di Kumang, Sabah dan berbagai-bagai projek lagi dapat menampung defisit dan mengekalkannya di tahap selamat. The Star.

JebengOtai™
Isu ni mmg berat dan perlu kajian lanjut supaya tidak menimbulkan kekeliruan kepada pembaca..jujurnya saya agak bimbang dengan defisit yang dialami negara kita..

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 23 Comments

  1. suri

    wah dah cam pengkaji analisis eknomi pulks heee

    1. Jebeng Otai™

      sj cabar diri utk tulis entry yg heavy…mmg susah, perlu pembacaan yg byk dan pemahaman yang tinggi..

      p/s: respek dgn pakar ekonomi negara..yakin membuat keputusan yang membawa kebaikkan utk negara.. 🙂

  2. muazfaris

    hehe, aku tak pernah tau ape itu defisit malaysia tu.

    1. Jebeng Otai

      pengetahuaan am jer ni..hehe

      p/s: slalu men game sim city..mmg fail uruskan ekonomi..hehe

  3. yas

    Serius…aku mmg tak pernah ambik tahu ttg hal ini…tapi ayat bro tu buat aku rasa saspen jugak laa…

    1. Jebeng Otai

      takut jgak..tp hutang negara ni mengandungi beberapa komposisi..50% hutang hartanah, 20% automotif..26% perbelanjaan kerajaan dan 4% hutang dengan negara luar..

  4. tehr

    Aku ni tahu urus ekonomi sendiri je
    Tapi kalau defisit dah macam tu, memang risau jugak tu

    1. Jebeng Otai

      yela..kdg2 urus ekonomi sendiri pon sy fail..hehe

  5. titan

    serius, memang aku risau gak ni.

    1. Jebeng Otai

      sesiapa pon kalo tgk jumlah besar pasti risau.. huhu

  6. klcitizen

    bila sudah tahu , memang merisaukan …

    1. JebengOtai

      kita perlu tahu..kalo x nnt ade pihak2 yg menimbulkan panik..dan seterusnya membawa kekalutan..

  7. segalabenda

    Dasyatnya defisit ni. aku pun ada jugak baca portal berita. dalam perlembagaan kata defisit tidak boleh lebih dari 56%. tapi sekarang dah 54%. Apa dah jadi ni?? takkan kita nak jadi macam greece..

    1. JebengOtai

      gerun juga..tp situasi greece dan kita amatlah berbeza..defisit greece tidak disokong oleh reserve dan kdnk semasa…gaji kakitangan diorg terlalu besar..

  8. LadyBird

    lady buta bab2 ekonomi, belanjawan ni.. kalau boleh xnak ambik th.. tp sebenarnye penting dan perlu ambil th..

    1. JebengOtai

      btul..bknnya aper..takut diperkotak-katikkan pihak x bertanggungjawab dengan mengaitkan isu yang tidak masuk akal.. 🙂

  9. akubiomed

    Macam saya terlibat didalam industri Kejuruteraan Biomedikal dan saya melihat kerajaan mula menawarkan projek pembiayaan swasta contoh Public Fund Invesment(PFI) dan Equipment Leasing untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan.

    Adakah cara ini akan mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan tidak bertambah hutang kerajaan kerana kerajaan tidak mempunyai asset.

    1. JebengOtai

      mmg betul kerajaan x mempunyai aset..

      ibarat mcm menanam pohon buah..negara itu pokok..baja itu defisit..buah itu kdnk..penanam pokok tu la tenaga kerja..

      pekerja tidak boleh menjual buah untuk mendapatkan wang..tiada wang tiada la bajanya..kerana pendapatan kita dh beli biji benih pokok itu..untuk berbuah dgn lebat..kita harus membeli baja dgn meminjam duit..dgn harapan dapat menuai hasil dan membayar balik pinjaman td semula..

      jika kita pandai mengoptimumkan pendapata..kita boleh mengurangkan defisit..

  10. zik

    belanja pun sekarang nih dah banyak benda berkira… gaji pun kicik… kui2

  11. chii

    54%…lebih dari separuh.memang patut bimbang..walaupun dulu pernah blaja pasal ekonomi..tp ttg defisit..mmg masih kabur lagi

    1. JebengOtai

      ekonomi tahap negara ni mmg kene kajian mendalam..huhu

  12. SuhairiDotCom

    Bahaya kalau sampai tahap kritikal. Takut gawat nti kang 🙁

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.