Clash of Clans Jebengotai

Banyak permainan berasaskan platform mudah alih seperti Candy Crush, Angry Bird dan lain-lain lagi permainan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan disebabkan bilangan pengguna telefon pintar lebih ramai berbanding pengguna laptop atau konsol permainan seperti Playstation atau Xbox. Walaupun permainan ini ringkas, tetapi ianya sangat mengujakan. Dimainkan tidak mengira usia muda dan tua. Terbaru, saya telah mencuba permainan terbaru Clash of Clans. Bagi penggemar RTS atau ‘real time strategi’ permainan ini boleh dikatakan agak mencabar.

Screenshot_2014-04-05-10-09-18

Pengenalan
Seperti permainan RTS lain, pemain akan diberikan sebuah ‘kampung’ untuk dibangunkan menjadi sebuah ’empayar’ yang kuat dan digeruni. Pemain terpaksa mencari ’emas’ dan ‘elixir’ untuk tujuan naik taraf bangunan, tembok sebagai pertahanan atau membuat tentera untuk menyerang ‘kampung’ pemain lain. GUI permainan ini sangat ringkas dan ianya mudah untuk kita menyusun strategi pertahanan mahupun ketika ‘merampas’ hasil emas dan ‘elixir’ dari pemain yang lain.

Strategi
Pada pendapat saya, strategi pertahanan menjadi keutamaan. Ini kerana, kita juga akan memperolehi mata ‘experience’ jika kita berjaya mempertahankan serangan. Kita haruslah pandai menyusun tembok dan bangunan lain untuk memperlahankan serangan ‘kampung’ lain kerana setiap serangan diberi masa 2 minit sebelum di isytiharkan menang atau kalah. Pada masa yang sama, kita juga perlu menaik taraf bangunan yang lain untuk membantu kita dalam proses serangan pula.

Permainan ini sekadar mengisi masa lapang saya sahaja. Jika berkesempatan bolehlah melawat ‘kampung’ Jebengotai di dalam permainan Clash Of Clans. Permainan ini agak menarik dan berbanding Candy Crush, Clash of Clans hanya boleh dimainkan ketika mempunyai sambungan internet sahaja. Secara keseluruhan, saya boleh berikan permainan ini 4 dari 5 bintang.

Jebengotai™
Geram bila org serang masa tengah kumpul emas… T T

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 14 Comments

  1. AUC

    antara games yg saya suka nih… hehehe

  2. daddydee

    tak pernah try lagi. Main samurai seige je.

  3. titan

    haha..rajin gila hang susun.

    aku main letak aje. dah dapat king. tinggal kumpul duit nak dapatkan queen plak. susah betul nak kumpul 2 juta tu..haha

    1. jebengotai

      haha..susun nk tunggu abis masa..lama btul smpi 12 jam..

  4. azwan

    aku tak minat betul main game yang amik masa lama ni. kurang kesabaran nak menunggu.

    welcome back bro. dah lama senyap sunyi blog ni 🙂

    1. jebengotai

      haha..cuba utk menulis kembali..untuk menghabiskan masa lapang..boleh la main game ni..huhu

  5. onlajer

    macam best jer , aku dah lama tak main game macam ini

  6. eichikatsu

    Jom perang jebeng. X link ke akaun fb ke bro?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.