Cari Pendapatan Tambahan

Beberapa hari ini ‘terkantoi’ juga untuk menziarah blog rakan-rakan. Apatah lagi untuk update entri terbaru di laman sesawang ini. Projek ButikM7 ini terpaksa saya utamakan. Melihat rancangan Saffiya di TV9, ramai juga usahawan muda berniaga melalui internet. Lebih-lebih lagi bagi golongan hawa. Pada saya itu sesuatu yang membanggakan. Mungkin orang-orang dulu berkata perempuan belajar tinggi-tinggi pun duduk di dapur juga. Jika ilmu penuh didada, duduk dimana-mana pun boleh dijadikan kesempatan untuk menjana pendapatan dengan menggunakan internet. Sambil memasak, sambil menjual barangan di talian itu kelebihan yang tidak ramai miliki kerana takut untuk mencuba sesuatu yang baru.

523881_420414351365761_2076996825_n

Saya baru sahaja pulang dari cawangan Tekun Nasional di kawasan saya. Saya baru sahaja tahu Tekun menyediakan pinjaman kecil dibawah RM3000 untuk perniagaan sambilan. Ia tidak memerlukan pendaftaran syarikat di SSM. Pada saya itu satu kemudahan yang diberikan yang boleh saya gunakan untuk memajukan perniagaan online. Syarat-syarat permohonan agak mudah tetapi memerlukan kita mengisi borang dengan selengkapnya. Manakan tidak sejak Zizan memakai baju M7 Dragon dan M7 Claw permintaan semakin meningkat. Pada perkiraan saya adalah lebih baik saya mencuba pinjaman ini sementara produk M7 ini masih ‘panas’. Untuk mengharapkan majikan menaikkan gaji bagaikan jauh panggang dari api. Apa boleh buat, dari mengeluh baik saya menggunakan kemahiran yang ada untuk menambah pendapatan. Bro Framestone dan Anarm sudah mendirikan rumahtangga, saya dan Bro Titan tidak tahu bila lagi.

Perniagaan internet ini sangat bagus untuk mereka yang ingin mencari pendapatan tambahan. Tambahan pula masa dapat dirancang dengan baik. Kos-kos sampingan jika di atur boleh dikurangkan sehingga ketahap minima. Bak kata pepatah hendak seribu daya tidak hendak seribu dalih. Walaupun perniagaan ButikM7 ini ada sedikit liku-liku yang harus ditempuhi, mungkin itu lumrah perniagaan.

Jebeng Otaiâ„¢
sabar jer la dgn dugaan..huhu

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 47 Comments

  1. Naziman

    Perniagaan internet ni memang bagus cari pendapatan tambahan. Pengguna internet semakin ramai, kalau digunakan sebaiknya, in shaa Allah pendapatan tambahan tu akan jadi sumber pendapatan kedua.

  2. TehR

    tak ada apa yang tidak berliku, bro
    asal saja pandai dan bijak ambil selekoh
    pasti semuanya akan beres

    tahniah dan selamat berjaya

    1. jebengotai

      mudah2an..kene amik corner bek punya..hehe

    2. Mus

      kalau tiada liku.. tiada makna sebuah kehidupan

  3. hairulafiz

    semoga berjaya memajukan bisnes M7 ni seterusnya dapat mendirikan rumahtangga hihihi. Memang baju yang zizan pakai tu cantik sangat.

    1. jebengotai

      permintaan baju tu boleh dikatakan menggalakkan..walaupun harga leh tahan mahal..huhu

  4. hairulafiz

    saya pun terasa nak cuba berniaga online ni tapi tak tau apa barang nak dijual.

  5. lepakk.com

    Bagus sangat pandai mengambil peluang yang ada.
    Jika rajin apa pun boleh dapat untung

    1. jebengotai

      setuju tu bro..jika rajin dan kene dgn usaha..mmg leh jana pendapatan..

  6. Manan Qayyim

    minat juga niage online nie…
    harap, bro bolehlah kongsi tips sikit….

    1. jebengotai

      bg tips?..pd sy tips utama yg penting ialah supplier..kalo suplier ok..x der mslh untuk mendapat bekalan utk menjual brg @ produk..hehe

  7. Juan

    saya sendiri off beberapa hari dari blog

  8. arelan

    kena cari sumber pendapatan tambahan sekarang ni. setakat gaji keje makan gaji memang tak tertanggung ngan sume belanja yang ada.huhu

    1. jebengotai

      yela..kene crik alternatif len..nk wat part time keje mmg x larat la..bisnes online ni leh bantu skit2..tp memadai rasanya.. 🙂

  9. akubiomed

    Kenapa tidak daftar syarikat dengan SSM?

    1. jebengotai

      sy msih belajar lagik bro..takut dan tiada keyakinan sbnarnya..untuk jual tiada mslh..mslh kat supplier pula..rajin main harga..itu yg tidak yakin boleh pi jauh..tp ni mungkin dugaan..mmg plan nk register ssm..skang ni semua di hujung jari.. 🙂

  10. Mohd Ilham

    Bagus jugak jual online…kalau tengok sekarang anak muda sume suka online

    1. jebengotai

      mungkin sbb mereka byk habiskan masa di online.. 🙂

  11. daddydee

    Tahniah tuan. Tuan telah melangkah ke depan.

    Perniagaan memang ada turun naiknya. Itulah cabaran dan keseronokan nya.

    1. jebengotai

      kdg2 cabaran ni bleh buat hilang arah..hehe

      1. daddydee

        Terus fokus insyallah tak hilang arah punya. hehehe

        1. daddydee

          berapa harga sehelasi sekarang? cantik juga design baru tu.

  12. nurmisnan

    Aku rasa mcm nak join ler business ni..
    cuba kau email kat aku brother.. Kira
    wakil dari Brunei.. amacam?

  13. Nadot

    Pernah juga buat perniagaan online..awal-awal rajin..tapi since dah tak ade yang nak tolong dan kerje makin bz, dibiar mcm tu saje..haiishh

    gud lak eh JO! 🙂

  14. MK Kimi

    dunia sekarang dunia teknologi. bisnes pon dah banyak org buat secara online..semoga maju. Mana tau boleh jadi seperi al-ikhsan suatu hr nnt 😉

    1. jebengotai

      al-ikhsan?..jauh lagi perjalanan tu..hehe

  15. iza

    Assalam..
    Moga berjaya…
    Satu langkah terbaik tu…

    1. jebengotai

      terima kasih sbb bg sokongan.. 🙂

  16. Mohd Ilham

    Semoga berja jadi usahawan berjaya

  17. hafizmd

    Tahniah bro JO. Moga makin maju dan terus mengambil kesempatan yg ada utk memajukan bisnes.

    Dengar kata, MARA juga ada sediakan pinjaman utk peniaga kecil2 kecilan..

    1. jebengotai

      aah mara pon ade sediakan pinjaman..tp syaratnya lain skit dari tekun..huhu

  18. Juadah

    Sya salah seorang yg support penjual dlm talian. Memang byk manfaatnya apabila membeli cari begini.
    Semoga sukses dgn bisnes online JO

    1. jebengotai

      jika difikirkan..sesiapa boleh menjual online..tidak perlu bayar sewa kedai dsbnya..trplng kat kita nak x nak jer..

  19. papa mifz

    Sepak terajang berniaga PM dah rasa dah, even sekarang pun masih terasa,huhu

    1. jebengotai

      btul la PM..byk liku2 yg perluh dilalui..kalo x sabar mmg kelaut la jwbnya..

  20. azman

    Kalau marketing betul masyukk biz online ni.

    1. jebengotai

      btul tu..strategi pemasaran mmg penting..

  21. titan

    Haha..apsal gua terbabit sama haa?? haa???

  22. Blog Keperawatan

    Semoga berjaya dengan usaha perniagaan online nya sahabat jebengotai aamiin..aamiin

  23. Aarman

    Tahniah,semoga terus maju bro…

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.