Blog Sebagai Syarikat ?

Entah dari mana idea ini muncul dan membuatkan saya berfikir sejenak. Adakah mustahil menjadikan blog sebagai sebuah ‘syarikat’ yang boleh menjana pendapatan? Idea yang agak luar biasa kali ini timbul ketika saya melawat blog rakan Mohd Faiz didalam entri ‘Projek Untuk Blogger Kacak’. Hasratnya ingin membuat sebuah blog yang dibantu beberapa orang untuk menjadi yang terbaik dan jika ada pendapatan melalui iklan atau lain-lain akan diberi sama rata.

Dah tentu blog ni aku nak guna domain dan hosting sendiri sebab aku nak guna wordpress platform.Lebih mesra SEO.Mula-mula ni kita akan guna hosting yang murah dulu.Segala kos aku tanggung untuk permulaan ni.Bila blog ni dah dapat sambutan dan traffik sudah mantap aku akan upgrade hosting yang lebih besar bandwith.Tapi yang penting blog ni aku taknak copypaste entry ok.Niche pun taknak banyak sangat sebab boleh buat blog content akan jadi serabut.Yang penting niche tu orang nak baca.Then focus on SEO untuk blog ni jadi kacak.Personal entry pun boleh asalkan bagi manfaat dekat orang lain.If ada income melalui blog ni akan dibagi sama rata.This blog actually not only about monet but for blogging satisfaction. MohdFaiz

Idea
Memulakan satu tapak blog baru diusahakan lebih kurang 5 orang. Masing-masing mempunyai peranan dan tanggungjawab. Tugas-tugas boleh diberikan kepada setiap orang. Jika didalam syarikat, pengkhususan ini amat penting bagi mengawal dan melancarkan perjalanan syarikat. Dari situ blog tersebut akan mendapat momentum untuk menarik lebih ramai pengungjung kerana tidak dibebani perkara-perkara lain.

Penulis (x2)
Jika kerja dapat dibahagi-bahagikan, penulis dapat memberi tumpuan yang lebih kepada artikel atau entri terbarunya. Penulis boleh membuat kajian atau liputan ditempat kejadian bagi mengesahkan lagi laporan yang ditulis didalam artikel. Mereka haruslah memberi perhatian kepada SEO untuk menarik minat pembaca.

Pakar CMS (x1)
Hampir separuh dari dugaan blogging ialah datangnya dari server atau hosting itu sendiri. Kebanyakkan para blogger menghadapi dugaan seperti ‘error 404’, bagaimana hendak membuat tetapn W3TC, setup Cloudflare dan sebagainya. Tidak semestinya kita perlu mengambil pakar-pakar dari syarikat ternama, apa yang perlu hanya pengetahuan asas dan jika menghadapi masalah pakar server ini akan berurusan dengan pihak hosting. Selain itu juga, mereka boleh memilih template atau reka sendiri ‘template’ yang hendak digunakan.

PR (x2)
Orang yang dipertanggungjawabkan sebagai perantara blog atau website dengan pihak luar. Mereka juga boleh menawarkan diri kepada pengiklan untuk meletakkan iklan didalam blog tersebut. Ini juga untuk mengelakkan kita ‘Jadi Blogger Syok Sendiri‘. Selain itu pendapatan boleh dijana melalui Adsense, Nuffnang dan sebagainya. PR juga boleh ditugaskan untuk blogwalking dan memberi komen ilmiah untuk mendapat backlink kembali.

Kerjasana

Apa yang penting adalah teamwork atau kerjasama antara kumpulan. ‘Projek’ seperti ini dapat memberi impak yang besar didalam dunia blogging kerana usaha 5 orang tidak sama dengan usaha seorang sahaja yang mengendalikan blog atau laman sesawang. Pada hemah saya modal tidak menjadi masalah kerana hosting yang mempunyai ‘addon domain’ sudah banyak bercambah di Malaysia. Blogger yang sedia ada boleh menggunakan hosting tersebut dengan harga serendah *RM45 seorang seperti didalam ‘Memilih Hosting Paling Jimat‘. Sebatang lidi mudah dipatahkan dan jika dikumpul menjadi seberkas lidi memang sukar untuk diapa-apakan.

JebengOtaiβ„’
ade penulis..ade pr..ade webmaster..mmg senang nk blogging πŸ™‚

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 37 Comments

    1. JebengOtai

      idea dari bro faiz..sy mengolah jer..hehe

  1. faiz

    thanks for support my idea…teamwork penting kan..

    1. JebengOtai

      yela..aper2 pon teamwork mmg penting..lpastu hasil leh bg sama rata..hehe

      dah dpt team ker bro ??

  2. syahrilhafiz

    adoi faiz ni, mana mai pulak monet..haha
    tapi itu la, beginner, buat permulaan, kena slow slow, macam aku dulu memang hampeh habis, sikit demi sikit, ada guide dari blogger lama sedikit sebanyak aku dapat topup segala ilmu yang ada, dan sekarang lah, ilmu yang ada diperturunkan.. πŸ™‚

    susah nak naik kalau semua benda harapkan orang, kita kena usaha, pastu cari jalan luaskan network sesama blogger sendiri, insyaallah berjaya

    1. JebengOtai

      yela..tp kalo 5 blogger ni digabungkan..mmg leh hasilkan sesuatu yang dsyt..hehe

  3. Juan

    aku suka akan idea ni, kita boleh bangunkan blog dengan lebih mantap dan berkesan, selalu update entry dan ada hala tuju

    1. JebengOtai

      tugas diberi sama rata..mmg bagus untuk membina sesuatu yg baru..

      lgpon posisi tugas boleh diubah2..pada satu2 masa boleh ade 4 penulis.. πŸ™‚

  4. Shahrul

    idea memang bernas, mana tau jadi macam Mashable

  5. Hairul

    mmg bagus idea tu.. kalo saya ada companya sendiri… boleh khususkan department I.T. utk manage blog company…

    1. JebengOtai

      owh..tp kita pon leh bukak kompeni sendiri…kerjasama blogger dengan blogger..lepastu generate income.. πŸ™‚

  6. zuan

    bila la aku nak ada domain sndri ni..haha..

    hmm projek ni menarik, ia akan berlipat ganda berjaya kalau ad mbr yang nama dah firm.. πŸ™‚

    1. JebengOtai

      yela..experience diorg pon mmg berharga dan boleh dijadikan aset.. πŸ™‚

  7. rahman

    idea yang bagus.. tetapi kalau satu kapal ada ramai nakhoda.. ombak besar pasti akan tiba πŸ™‚

    1. JebengOtai

      dugaan luar boleh dihadapi..cuma dugaan dalaman yang agak sukar.. πŸ™‚

  8. bardboo

    memang menarik la idea ni..sebab setiap orang ada kelebihan dan kepakaran masing2..

    1. JebengOtai

      yela..bila digabungkan dan membentuk kerjasama..blog tu pasti menjadi lebih hebat..

  9. akubiomed

    Ramai blog hiburan mempunyai lebih seorang. Contoh blog Paultan lebih daripada seorang penulis blog.

    1. JebengOtai

      itu kelebihannya..blognya sentiasa update dengan entry dan gambar2 terbaru..

    2. LilyNrman

      Saya percaya Guest Blogging juga menjadikan kerja blogging lebih konsisten dan mudah. Ada aja entri untuk diupdate kan. Cumanya kalau kita terlalu menjemput ramai sgt guest blogger, trademark blog, personaliti blogger yang tuan empunya blog itu bawakan, tenggelam dengan kehadiran guest blogger yang ramai. Oleh itu, perlu pandai hadkan guest blogger supaya empunya blog dapat juga menyerlahkan diri dengan entri tersendiri di blog sendiri. setuju?

      1. JebengOtai

        yela..jika salah seorg author terkenal pasti akan menenggelamkan tuan punya blog..ttp jika prinsip atas nama syarikat..segala usaha adalah utk syarikat..

        guest blogger ni x tertakluk spnuhnya usaha utk memajukan blog..depa leh pi dan datang..sy x galakkan ambil guest blogger..sbb die akan bermula bila blog tu dh siap..konsep blog sbgai syarikat mestilah bermula bersama2 dari zero.. πŸ™‚

  10. tehr

    Ideanya memang bagus
    Cuma aku fikir, pelaksanaannya tak semudah mengeluarkan idea
    Lainlah kalau dapat geng satu kepala mungkin boleh dilaksanakan

    1. JebengOtai

      kdg2 kerjasama mcm ni mmg boleh mengundang masalah..berbeza dengan syarikat, urusan hanya berdasarkan majikan dan pekerja..

      apa pun yg pling memainkan peranan yg penting ialah pengurus blog tu sendiri..memotivasikan ahli-ahli didalam blognya dan bertolak ansur mungkin dapat mencari persefahaman..

  11. titan

    bagi aku susah sebenarnya. Mesti modal besar dan duit mainkan peranan. Tak semua orang nak buat kerja tapi tak nak hasil. Ada tu memang ada, tapi tak ramai. Aku sendiri upah orang buat kerja. Takde upah. memang diorang tak nak punya kerja dengan aku.

    1. JebengOtai

      yela..kalo carik team yg dh set nk mkn gaji mmg modal besar la.. kalo dpt team yg mmg nk berjaya dlm blog tnpa menilai wang ringgit rasanya boleh kot..

  12. segalabenda

    bagus idea tu..kalau blogger-blogger bersama dengan kepakaran masing-masing memang boleh generate hasil lumayan

    1. JebengOtai

      yela..kalo la ade saper2 yg wat projek tu..mmg nk join jgak la..hehe

  13. azura

    yup boleh cuba realisasikannya…

  14. Naziman

    ayat last yang tak boleh tahan tu..haha.. tapi memang betul juga.. Ada juga blog yang saya tengok dah buat begitu. contohnya wpbegineer. tapi blog tu kurang personal. redmummy pun boleh di kira satu syarikat. sebab redmummy hanya pelakon tapi pengusaha dan pengurus suami dia. blog saya pun sebenarnya rancangan memang begitu juga. buat masa sekarang blog saya belum sempurna lagi.tapi saya lebih fokus untuk keluarga sendiri. jadi blog begitu terbaik la kalau bahagi2 kerja. lepas tu kalau ada webmaster dan yang lain2 lagi. memang puas hati la. orang kata memang kacak la. haha..

    semalam blog ni tak boleh buka kan? berkali2 buka tak boleh semalam.

    1. Naziman

      lupa nak tanya tadi, merepek pula lebih sampai lupa. hha.. PR tu apa maksudnya ya? pagerank? yang nombor2 x1 x2 tu pula apa maksudnya?

  15. Mus

    idea yang baik..

  16. Hafizul

    bijak betul entri ni..terasa juga nak buat mcm ni..hehe..tapi kemahiran dan asas yang ada msih belum mencukupi lagi..

  17. miss yaty

    idea yang bernas..tapi tuk dpt pekeje dan ahli syarikat mmg kena memilih yg terbaik dan satu kepala..kalau tak takut ada masalah di kemudian hari..hihi

  18. onlajer

    Macam mana aku boleh tak terperasan dengan entry ini heh

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.