Bagaimana Kaedah Bitcoin Mining ?

Konsep yang ingin disampaikan Bitcoin adalah berlainan dari kaedah perbankan konvensional. Seperti entri sebelum ini, Bitcoin bebas dari mana-mana institusi bank mahupun kerajaan untuk memantau aliran atau penggunaannya. Saya cuba memberi penerangan ringkas bagaimana Bitcoin diperolehi melalui kaedah ‘mining’. Penjelasan teknikal ini mungkin tidak beberapa tepat dan saya memohon maaf jika terdapat kekhilafan.

Bagaimana Kaedah Bitcoin Mining : Analogi
Encik Ahmad menjual televisyen paparan LCD terbarunya kepada Encik Abu menggunakan Bitcoin. Encik Abu membayarnya dengan sejumlah Bitcoin dan transaksi pembelian berlaku. Encik Ahmad dapat Bitcoin manakala Encik Abu dapat membeli televisyen baru. Walaubagaimanapun, disebabkan ianya tidak dikawal oleh pihak bank atau institusi berkaitan, rekod jual beli ini tidak disimpan kerana pembayaran dilakukan melalui P2P. Encik Ahmad berisiko tinggi untuk ditipu Encik Abu jika Bitcoin Encik Abu itu palsu. Tiada siapa yang dapat mengesahkan transaksi Bitcoin tersebut betul ataupun palsu.

Bagaimana Kaedah Bitcoin Mining : Miner
Disebabkan beberapa faktor itu, Bitcoin akan memberikan ganjaran 25 Bitcoin untuk setiap transaksi yang berjaya disahkan oleh ‘Miner’. Walaubagaimanapun, ganjaran ini akan berubah setiap 4 tahun dan pada 2017 ganjaran diberikan sebanyak 12.5 Bitcoin. Transaksi Encik Ahmad dan Encik Abu tadi disimpan didalam ‘block’. Terdapat banyak transaksi dan setiap transaksi akan dihimpunkan mengikut turutan atau ‘block-chain’. Pada ketika inilah ‘Miner’ bekerja. ‘Miner’ akan menukar ‘block’ ini kepada lejar urusan jual beli digital atau ‘hash’. Terdapat informasi di hujung ‘block’ yang digunakan untuk mengesahkan transaksi ini berlaku kerana ianya berturutan dari lejar atau ‘block’ sebelumnya. Jika ‘Miner’ cuba memalsukan transaksi ‘block’, ia boleh dikesan dengan ‘hash’ yang dihasilkan tidak selari dengan ‘block-chain’ sebelum dan selepasnya. Agak rumit, tapi sistem keselamatan ini memang ‘secure’. Sehingga hari kini, 1,789,546,951.05 percubaan diperlukan untuk setiap ‘block’ sebelum berjaya dinyahkodkan.

Bagaimana Kaedah Bitcoin Mining : Perkakasan
Beberapa tahun dahulu, perkakasan seperti komputer biasa boleh digunakan untuk ‘mining’ kerana tiada persaingan. Berbeza pada tahun ini, perkakasan canggih digunakan untuk memproses atau memudahkan proses ‘mining’ ini. Semakin berkuasa komputer tersebut, semakin laju proses menjana kod ‘hash’ untuk setiap transaksi Bitcoin. Persaingan semakin sengit apabila ada syarikat yang mengeluarkan produk ASIC atau ‘ Application Spesific Integrated Circuit’. Berfungsi untuk menjalan proses ‘mining’ dengan lebih pantas dengan penggunaan tenaga elektrik yang minima. Sehingga kini, Cointerra telah mengeluarkan TerraMiner, dengan kuasa memproses 2 TeraHash per saat.

bagaimana kaedah bitcoin mining
TerraMiner IV – 1.6 TH/s USD 6799
Jebeng Otai™
kadg2 manusia perlukan motivasi untuk menghasilkan sesuatu sehebat TerraMiner tu.. 🙂

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 7 Comments

  1. Ammar

    Mengikut pendapat saya lah. Bitcoin ni macam banyak risiko lah sebab tak bersandarkan pada sesuatu benda.

    1. jebengotai

      btul..tp jika difikirkan, wang fiat skng ni pon x disandarkan apa2 dan tiada had.. T T

  2. Joseph

    Great to see an open dialog about bitcoin as it definitely deserves more attention. As a lover of freedom, I personally believe that the benefits of a decentralized currency like bitcoin significantly outweigh the downsides. Bitcoin takes massive power and influence away from bloated governments and big banks and returns it to the people in the form of frictionless payments to one another. Who would be against governments no longer being able to print money at will to fund trillion dollar wars and bailouts? Additionally, bitcoin technology is providing a revolutionary (and simple) way for the “un banked” millions across developing countries to finally exchange money with one another. With bitcoin, if they have a smartphone and a bitcoin app, they can pay each other for goods and services as well as send money back home to loved ones, all without massive, abusive fees with ancient systems such as Western Union and the like.

    I’m encouraged to see more people talking about bitcoin and I encourage you to consider some of the benefits I’ve mentioned.

    All the best,
    Joe

    1. jebengotai

      Agree..but creating another ‘balloon’ actually won’t solve anything but I agree fully about the principal concept of the Bitcoin..

  3. titan

    bil elektrik pun naik gak nih. Haha..

    kalau untung, apalah salahnya.

    1. jebengotai

      msih keliru gak..leh untung ke x? mcm byk ruginya..huhu

  4. Helmi Aliarit

    Dah macam main COC. Saya masih kurang faham bagaimana Bitcoin berfungsi.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.