Apa Itu Bitcoin?

Ada yang beranggapan matawang fiat atau matawang kertas yang digunakan pada masa ini akan sampai kepada kemuncaknya. Matawang ini tidak disandarkan kepada apa-apa nilai seperti emas, boleh mendatangkan masalah kelak. Perubahan nilai matawang boleh mempengaruhi ekonomi, perdagangan atau sosio ekonomi masyarakat setempat. Harga boleh meningkat dengan mendadak tetapi bahan yang digunakan tetap sama dan tiada nilai tambah yang setimpal dengan peningkatan tersebut. Umunya kita tahu RM50 pada 10 tahun dahulu, nilainya besar berbanding RM50 pada masa sekarang.

apa itu bitcoin
Kaedah untuk ‘mining’ Bitcoin atau Cryptocurrency – Kredit  Thinkcomputer.org

Apa itu Bitcoin? : Ringkasan
Pelbagai usaha untuk mengatasi masalah ini sebagai contoh idea dari mantan Prdana Menteri kita mencadangkan untuk menggunakan dinar emas dalam urusan ekonomi. Dengan ini, masalah seperti perubahan nilai matawang dapat ditangani dengan berkesan. Selain itu gerakan memperkenalkan sejenis matawang digital pada krisis ekonomi 2009, iaitu Bitcoin semakin hangat dibualkan pakar-pakar ekonomi dan pakar-pakar IT. Secara ringkasnya, Bitcoin ialah matawang digital yang perlu ‘di gali’ (mining) untuk mendapatkan Bitcoin tersebut. Ia tidak dikawal orang tengah seperti bank, bank pusat dan bebas dari institusi kewangan yang lain. Tiada edaran atau ‘circulation’ dan apa yang menarik sekali ianya bersifat ‘anonymous’, tidak boleh dikesan berapa banyak yang keluar dan masuk berbanding sistem kewangan konvensional masa kini.

Apa itu Bitcoin? : Mining
Ada dua kaedah untuk mendapatkan Bitcoin ini. Antaranya ialah tukaran matawang kepada Bitcoin atau kaedah ‘mining’. Kaedah ‘mining’ ini sangat rumit. Ia perlukan perisian dan perkakasan tertentu untuk menjalankan kaedah ‘mining’ ini. Semakin pantas atau canggih perkakasan seperti komputer, semakin pantaslah proses mendapatkan Bitcoin itu. Masalah utama ialah kos-kos berkaitan yang harus difikirkan seperti bil elektrik, kos peralatan dan lain-lain lagi kerana ia akan memakan masa yang agak lama kerana Bitcoin ini semakin lama semakin susah untuk didapati.

Apa yang saya agak setuju ialah Bitcoin ini adalah terhad iaitu 21 juta Bitcoin sahaja. Sehingga kini 12 juta Bitcoin berjaya di ‘mining’ dan tinggal baki 9 juta sahaja untuk di cari. Berbeza dengan matawang fiat ianya tanpa had, dan adalah salah satu punca mengapa nilai matawang akan berubah dari masa ke semasa. Walaupun begitu disebabkan Bitcoin ini bersifat ‘anonymous’, ianya ditakuti akan disalah gunakan. Ia tidak boleh dikesan dan kebanyakkan urusan jual dadah online ‘Silk Road’ di ‘Deep Web’ adalah menggunakan Bitcoin. Secara keseluruhannya, Bitcoin ini hanyalah berdasarkan kepercayaan pengguna sahaja. Ianya tidak disandarkan pada sesuatu nilai dan boleh berubah sekelip mata.Bayangkan nilai 1 Bitcoin pada 2 tahun lepas adalah USD5 dan masa sekarang ia sudah mencecah USD200 atau ‘high volatility’.

Jebeng Otai™
Bitcoin bawa lebih byk mudarat dari kebaikkan..

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 10 Comments

  1. zik

    Kalau membawa keburukan, tak payah praktikkan ler.. Hehe

    1. jebengotai

      btul tu bro..tp konsepnya sgt menarik 🙂

  2. Denaihati

    masih kurag faham cara bitcoin bekerja, tapi bila berdasarkan kepercayaan sahaja risiko memang tinggi.

    1. jebengotai

      nilai bitcoin berdasarkan potensi, bknnya nilai fizikal…sy sendiri pon x faham bagaimana ianya dinilai sebegitu tinggi…

  3. Zuan

    knowledge baru pada den.. 1st time dengar. .ingatkn satu perisian baru pc

    1. jebengotai

      mmg perisian pc..tp leh generate income cuma income bitcoin la..huhu

  4. Ammar

    Baru je belajar pasal Bitcoin ni. Kesimpulannya bitcoin ni cara mudah untuk mengali duit. Pandai IT je boleh lah…

    1. jebengotai

      yg x power IT pon bleh, install software shja..cuma, kalo hardware x power..alamatnya, mmg lambat nk kaya la..hehe

  5. jebat

    mining bitcoin menang leh wat duit tapi kene fikir.. makin lama makin susah…tambahan pulak bil elektrik kat rumah kompom melambung…
    4 bijik antminer (tak overclock) bil elektrik pun cecah RM400-500 sebulan. dapat cuma sekitar 1.2btc @ RM1700
    so, adalah popit sikit kat RM1200 sebulan…
    tension gak, bil elentrik ni..mahal kat malaysia

    1. jebengotai

      mungkin kene beli hardware yg lebih power n power consumption rendah mcm rpi.. 🙂

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.