Android : Solar Charger

Beratus ribu aplikasi Android pada ketika ini berada didalam Google Play. Dari aplikasi mengambil gambar sehinggalah senarai harga emas terkini boleh dimuat turun dan digunakan dengan mudah. Android memberi satu impak yang besar kepada dunia telefon pintar. Apa yang menariknya, didalam perlumbaan menghasilkan aplikasi Android, ada juga aplikasi-aplikasi yang agak luar biasa dan salah satu contoh yang boleh saya berikan ialah aplikasi Android, ‘Solar Charger’. Aplikasi ini dikatakan dapat mengecas telefon tanpa perlu memasang pengecas elektrik. Ianya menggunakan tenaga cahaya untuk mengecas bateri telefon pintar dan mengikut komen atau testimoni yang diberikan mengatakan ianya berkesan.

Android Solar Charger

Tipu
Ramai yang mencuba aplikasi ini termasuk saya kerana hairan bagaimana boleh mengecas bateri tanpa memerlukan panel solar. Setelah mencuba apa yang saya dapati ianya tidak berkesan langsung walaupun diletakkan di bawah cahaya matahari terik. Saya cuba mencari jawapan adakah tetapan saya tidak tepat untuk mengecas bateri menggunakan aplikasi ini? Jawapnnya ialah tidak. Aplikasi ini hanyalah penipuan untuk memberi pengajaran kepada pengguna android supaya lebih berhati-hati dengan membaca ulasan sehingga habis dan tidak mempercayai testimoni atau komen yang diberikan di Google Play.

Jebeng Otaiβ„’
alamak..tipah tertipoo.. πŸ™‚

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 42 Comments

  1. sjiehan

    wahahaha…!!

    ramai menipu skrang ni!!!

    1. JebengOtai

      slamat ni utk bg pengajaran..kalo die letak virus..naya gak..huhu

  2. SukaShare

    Ada jugak aplikasi macam ni…Kalau ikut logik pun, mesti kita rasa pelik jugak kan =)

    1. JebengOtai

      aah..tp kalo kita bc comment diorg ckp..aplikasi ni taraf rocket science..huhu

      bila install hampeh sbnarnya..

  3. puanbee

    Rajin betul buat kajian bagai ,tak sangka macam ni pun boleh nak menipu

    1. JebengOtai

      maybe dgn kerjasama pihak google..utk mendidik pengguna jgn terpengaruh dengan testimoni yg manis2.. πŸ™‚

  4. anif

    Kalau benar-benar mahu go green, tak payah pakai smartphone!

    1. JebengOtai

      yela..huhu..tp usaha SE utk guna brg recycle pon leh go green gak.. πŸ™‚

      1. faizul

        SE pun dah tinggal S aje. πŸ™

  5. Cikgu Hairul

    Yang bagi testimoni kat sana semua bersekongkol. Cukup hampeh..

    1. JebengOtai

      btul..kene berhati2..silap2 diorg guna maklumat kita..seram gak bila pikir2

  6. Izzuddin Fauzi

    Hahaha… Saja nak tadah iklan je apps tu πŸ˜€

  7. madammondoq

    uish.. kalau boleh dah sonang dah.. jemur je hanset tu.. ehe..

    1. JebengOtai

      hehe..takut dh x nmpk lak hp nya..kene amik ngn org…hehe

  8. faizul

    Sebab itulah biasanya saya akan cari review utk apa-apa aplikasi android ni. Biarpun komen aplikasi ni puji berbagai, bintang sampai 4-5 biji tapi kalau cam giler baik tak payah.

    Seriously la, kalau boleh caj solar la, takkan pengeluar model tipon/tablet ni tak maklum kepada umum pasal keupayaan gajet diorang kan. Ini teknologi yang hebat.

    1. JebengOtai

      btul..mmg x der panel solar utk cas..lgi pelik..huhu

  9. yas

    Hehehe…siap letak kt panas matahari tu yg tak tahan nak aku tergelak tu bro….hehehehe…sabo je laaaa…hahahaa- sori bro…aku mmg kaki gelakkk…:)

    1. JebengOtai

      pikir2 blik mmg lawak gak bro..kerana percaya leh ikut jer per org kata..huhu

  10. azmanisma

    Pernah install,lepas tu uninstall semula tipu jer adoi!..patut google ban applikasi macam nih..

    1. JebengOtai

      dgr citer dpt keizinan google utk mendidik pengguna..dah terkena x kan nk terkena sekali lagik.. πŸ™‚

  11. chii

    aisey..baru je nak yahooo..tetiba kata tipu plak..punah harapn T____T :p

    1. JebengOtai

      haha..sbb terasa ingin tahu..terdonload juga..hehe

  12. titan

    ada plak solar charger ye..

    1. dzuandiey

      karut jer semua tu..nak lariskan apps jer..

  13. akhiyy

    haha..tapi kalo ikot logik pun susah melainkan handphone tuh ade alat solar baru boleh percaya..tapi ini idea yang bagus =)

    1. JebengOtai

      tu yg teruja nk try tu..btul ker leh cas..hehe

  14. tehr

    kalau la benar ada macam tu
    memang terbaik la
    aku juga teringin nak beli
    hehe

    1. JebengOtai

      aah..tu yg terpengaruh pi install sbb nk cuba..hehe

  15. akubiomed

    Mustahil sangat tanpa solar panel manalah boleh caj. πŸ™‚

    1. dzuandiey

      hahaha..kannn….entah apa-apa la aplikasi ni…

  16. dzuandiey

    memang betul..tipu jer..ada lagi satu yang kena goncang2 tepon tu..sakit hati jer guna..huhu

Leave a Reply to JebengOtai Cancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.