AFF Suzuki Cup 2012 : Harimau Malaya Mengaum

Ngauman Harimau Malaya bergema sepanjang malam semalam. Tahniah diucapkan kepada skuad bola sepak Malaysia kerana berjaya menumbangkan Laos 4-1 untuk saingan kumpulan B AFF Suzuki. Saya sangat berpuas hati dengan permainan yang dipersembahkan skuad harapan Malaysia. Walaupun ada sekali sekala kesilapan dilakukan, ia memang tidak sepatutnya harus berlaku jika ingin menjuarai sebarang pertandingan. Semua sudah menjangka apabila Harimau Malaya menjaringkan gol, keadaan mental para pemain seperti sedikit menjunam sehingga boleh mengundang bahaya. Lebih-lebih lagi di saat-saat akhir sebelum wisel penamat. Harimau Malaya masih belum boleh lagi menarik nafas lega kerana perlawanan menentang Sang Garuda pada hari Sabtu ini adalah penentu kita layak ke pusingan seterusnya. Harimau Malaya perlu fokus mengejar kemenangan, bukannya mengharap Singapura seri atau dikalahkan Laos.

[media url=”http://www.youtube.com/watch?v=5AP7NW3ju5U” width=”600″ height=”400″]

Sepakan percuma Mohd Syafiq Rahim ibarat menyimbah minyak tanah kedalam api semangat penyokong Harimau Malaya. Sepakan menarik beliau seperti pemain professional liga Italy ataupun Sepanyol. Persembahan Safee Sali boleh dikatakan terbaik walaupun banyak peluang tiada penyudah. Banyak lagi yang perlu di tambah dan dipertingkatkan untuk menghadapi Sang Garuda.

Seperti kebiasaan, ada pihak-pihak yang tidak sebulu dengan penyokong-penyokong tegar Harimau Malaya. Ada yang mengatakan ianya satu pembaziran. Jika disalurkan kepada yang miskin atau yang memerlukan pasti hasilnya lebih berfaedah. Mungkin ada benarnya juga. Dari sudut negatifnya, perlawanan bola dikaitkan dengan judi, pergaduhan, mengabaikan tuntutan agama seperti segera solat apabila masuk waktu, tiada kawasan khas wanita untuk menonton bola dan lain-lain lagi.

Tetapi hasil positif dari bola sepak ini pun banyak juga. Peningkatan dan pemahaman berkaitan sains sukan, peluang menjana pendapatan untuk syarikat menjual pakaian dan peralatan sukan, manfaat sektor pengangkutan dan bermacam-macam lagi hasil yang kita dapat dari permainan bola ini. Ia juga mewujudkan industri sukan dan mampu menjana pendapatan negara. Setiap orang ada pendapat masing-masing. Jika kita bersikap sederhana atau membuang yang keruh dan ambil yang jernih pasti banyak manfaat dan keburukkannya dapat dikurangkan.

Jebeng Otai™
lepasni leh sokong johor lak..hehe

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 20 Comments

  1. puteri kasih

    Tahniah Harimau Malaya 🙂

    sebenarnya dalam hal sebegini..kalau kita pandang sudut positif, maka baik la jadinya. Lagipun kalau bukan kita yang sokong pasukan sendiri siapa lagi.

    Bab yang negatif tu, rasanya penyokong perlu lebih matang untuk membezakan yang mana baik dan yang mana tidak…kan

    1. jebengotai

      btul tu..yg penting bersederhana..mana yg buruk kita leh tinggalkan..

  2. Norizwan

    tahniah harimau malaya…! free kick syafik memang kencang tu…terbaik dalam minit ke15 jer gol huhu

    memang ada setengah pihak fikir negatif, harap diorang hargai dan bangga, perlawanan semalam telah tebus maruah negara…

  3. anif

    Tahniah buat Harimau Malaya.. Apa pun jangan leka dengan kejayaan kecil ini, misi masih belum tamat!

  4. Blog Keperawatan

    Tahniah pada Harimau Malaya telah memberikan point penuh dengan menumbangkan Laos 4-1

    1. Blog Keperawatan

      Dan pertandingan selanjutnya Harimau Malaya akan melawan Garuda.

      1. Blog Keperawatan

        Semoga nantinya masing-masing tim kedua negara akan bisa menunjukkan performa terbaiknya pada pertandingan selanjutnya sehingga akan bisa membawa nama harum bagi negaranya.
        Selamat berjuang kembali kepada Garuda dan harimau malaya nantinya

        1. jebengotai

          selamat berjuang untuk pasukan indonesia dan malaysia..

  5. akubiomed

    Akhirnya Harimau Malaya bangkit. Pertemuan dengan skuad Garuda bukanlah laluan mudah untuk skuad negara.

    1. jebengotai

      akhirnya telah selesai..skuad thailand lak lepas ni..

  6. hairulafiz

    tahniah, tapi perjuangan masih belum selesai, kalahkan indonesia…

    P/s – penyokong harimau selatan

  7. hairulafiz

    ternampak masa game mlm tu satu banner ‘busuk-busuk harimau malaya orang kita jugak’

    1. jebengotai

      aah ternampak juga..sokong harimau malaya masa menang atau kalah..

  8. papa mifz

    tak sempat tengok game Malaysia vs Laos tempoh hari…huhu

  9. azura

    saya menyokong budget sukan ke taraf profesional seperti bola sepak kerana sukan menwujudkan perpaduan kaum

    1. jebengotai

      mmg x dapat dinafikan perlunya perbelanjaan yg seimbang utk memajukan sukan negara..

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.