3 Blog Pilihan Terbaik

Contest cabaran SEO kembali lagi. Kali ini pula menggunakan perkataan 3 blog pilihan terbaik yang dianjurkan oleh bro Amirez. Ia menguji kemampuan para blogger untuk menduduki kedudukan pertama enjin carian untuk perkataan 3 blog pilihan terbaik. Rasanya ramai sudah faham akan kepentingan SEO didalam kehidupan seorang blogger. Pengalaman lalu dari Lelaki Kacak dan Eyriqazz vs Denaihati mungkin boleh dijadikan panduan untuk menguji skil SEO masing-masing. Lain orang lain strateginya namun begitu untuk mencari strategi yang baik dan selalu mendapat tempat pertama dalam enjin carian memang sangat diimpikan oleh rakan-rakan blogger yang lain.

3 blog pilihan terbaik

3 Blog Pilihan Terbaik : DenaiHati.com

Hidup untuk memberi. Tagline popular yang digunakan oelh beliau. Saya mula berkecimpung didalam dunia blogging beberapa bulan yang lalu setelah mengenali blog beliau. Kagum melihat respon para pembaca yang diberikan didalam setiap entri beliau. Kadang-kadang bercita-cita juga untuk mengikuti jejak langkah beliau. Apa yang beliau dapat melalui blogging di berikan semula kepada para pembaca melalui insentif-insentif atau hadiah yang menarik. Dalam setahun entah berapa kali contest yang dianjurkan beliau atau berkerjasama dengan blogger lain. Pendapat saya, bro DH memang telah berjaya menjenamakan blog beliau dan mampu memberi impak besar untuk setiap kempen atau promosi yang dibuat beliau.

3 Blog Pilihan Terbaik : Titan @ Earncent.com

Cendol, Mikael dan Ain Maisarah. 3 perkataan itu sudah cukup untuk meneka siapa yang kerap menggunakan perkataan itu. Blogger seharusnya bebas mengeluarkan idea dan pendapat tetapi perlu untuk mengawal diri dari menyiarkan entri yang entahkan betul atau tidak. Penulisan bro Titan yang agak santai tetapi mampu menarik minat ramai orang membacanya. Itu belum termasuk skil-skil SEOnya yang berjaya menjana pendapatan sampingan untuk stok cendolnya beberapa tahun akan datang. Beliau gemar meletakkan gambar Ainan Tasneem dan secara kebetulan Ainan Tasneem itu junior saya.

3 Blog Pilihan Terbaik : Amanz.my

Kagum dengan blog rakan blogger, Amanz.my. Aktif berkongsi maklumat tentang gadget dan informasi berkaitan teknologi semasa. Rekaan tema yang ringkas, menarik dan ‘loading’ agak laju juga. Boleh dikatakan saya baru sahaja mengenali blog beliau dan kini ia menjadi rutin mingguan saya untuk singgah seketika meninggalkan komen. Selain itu, ‘pagerank’ blog ini adalah PR5. Bagi mereka yang ingin meningkatkan PR masing-masing bolehlah rajin meninggalkan komen diblog tersebut. Mana tahu, PR kita akan meningkat pada PR Update nanti.

Ramai lagi blogger luar yang boleh saya senaraikan didalam blog pilihan terbaik. Masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri. Contest seo 3 blog pilihan terbaik ini sangat bagus untuk blogger mencuba teknik-teknik yang dipelajari. Apa pun saya agak keliru dengan ‘unnatural link’ yang dikatakan oleh Google. Adakah ia bermaksud menerima back link dari laman sesawang spam? Jika mengikut logik, jika salah satu laman sesawang dikategorikan spam oleh pihak Google, kita mungkin akan terkena kesannya jika laman tersebut digunakan untuk menyertai contest seperti cabaran SEO 3 blog pilihan terbaik ini.

“Contest 3 Blog Pilihan Terbaik ini dianjurkan oleh Amirez (dot) com dan ditaja oleh ContengConteng, Nurqider, Muazfariz, Azri, Shaharil, Firdaus Latib, Saljuhumairah, Ladfe Amir, CitaReka, Yaa Designs, Aiman Aziz, Hadi Hanafee dan Impiana Guest House“

Jebeng Otaiâ„¢
fuhh..siap gak akhirnya

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 80 Comments

  1. fendy

    wahh…nak terjah mereka..

  2. akubiomed

    Bro Titan tak reti-reti minta no telefon Ainan Tasneem. Ha…haa.. Selamat berjaya kepada bro. 🙂

    1. titan

      gua bukan tak nak mintak. Kalau dapat, gua akan jadi orang buruan semua lelaki kacak di malaysia. Bahaya pada Ain Maisarah tuu..

      1. hafizmd

        hahaha…lu ke yg krew melodi cari minggu lepas ha? =)

  3. papa mifz

    Blog amanz.my tu tak pernah singgah lagi, kena terjah pasni..

    1. jebengotai

      cuba try baca..simple dan berinformasi..hehe

  4. ohcikgu

    semuanya blog yang best-best untuk dibaca. hehe..

  5. nurmisnan

    Semua jejaka2 hangit + jejaka pencinta Cendol. hik3
    All d best brother.. Gd luck

    1. titan

      mana? mana cendoll??

  6. cikgu naman

    mesti titan selalu belanja bro cendol banting bersama ain maisarah ni..haha

    goodluck!

      1. titan

        korang-korang ni semua kena belanja gua cendol. dah berkurun gua tunggu nih..

  7. akhil

    perghhh PR amanz mmg terbaik..
    gud luck utk kontest ni..

      1. Afifah Munirah

        Otai tu… Memang la 🙂

  8. SDC

    Baru semalam SDC lepak dengan Amanz, bagi dorg review Windows Surface RT 🙂

      1. Afifah Munirah

        Untungla Wahai Eichi Katsu oii…

  9. Denaihati

    good luck bro untuk contest 3 Blog Pilihan Terbaik, juga denaihati dlm piihan

  10. azura

    nampak best ketiga-tiganya saya suka baca…

  11. yas

    SEO datang lagi….semoga berjaya bro….

  12. shraqs

    Blog 1 & 2 tu memang aku slalu jenguk2. Kalau no 3,.. aku kurang berminat..

    1. jebengotai

      hehe..blog bro pon byk info gak.. 🙂

  13. TehR

    ketiga2nya memang terbaik
    aku sokong

    1. jebengotai

      bangga dgn blogger tempatan.. 🙂

      1. titan

        haku pun bangga dengan diorang bertiga tu..

  14. wanayu

    gud luck bro.. denaihati memang pilihan hati

  15. Ibu Mifzal Arsyad

    oh…3 blog ni pun selalu dilawati…mmg terbaik la..

    good luck ya..

  16. onlajer

    Memang terbaik lah meraka ini, cuma blog amanz tu jer yang gua jarang2 singah heh

    1. jebengotai

      sy pon baru jer mula nk rajin singgah..

  17. arelan

    memang mereka antara blogger terbaik di malaysia ni.huhu

    1. jebengotai

      diorg mmg unik dan ada gaya tersendiri..

  18. Dulu Lain Sekarang Lain

    Memang power-power ehh… Pilihan yang baik. Btw, semoga berjaya dgn contest yg masuki. Best wishes and good luck.

  19. daddydee

    ketiga-tiga blogger tu adalah antara blogger hebat.

  20. hafizmd

    Mmg 3 blog pilihan terbaik!
    semuanya ambe selalu terjah. Byk yg kita boleh bca.
    Contohnya blog titan, ada saje idea yg dia nak tulis. Kadang2 nampak merapu, tp sebenarnya tak….tu yg buat dia mmg ‘berbisa’!

    1. jebengotai

      mmg x kering idea singgah blog titan.. 🙂

    1. jebengotai

      terbaik dan mempunyai class tersendiri..hehe

  21. Blog Keperawatan

    3 Blog Pilihan di atas memang pantas dijadikan sebagai Blog Pilihan dalam kontes ini.
    Semoga sukses dengan kontesnya sahabat jebengotai…

    1. jebengotai

      terima kasih..masih menguji skil seo lagi.. 🙂

      1. Blog Keperawatan

        Ternyata untuk bisa menguji skill dalam SEO itu adalah dengan mengikuti sebuah kontes juga..
        Banyak belajar di sini

  22. Aarman

    Pilihan blog yg tepat dan patut menjadi ‘3 blog pilihan terbaik’tahun 2012. Tambah keyword dlm komen blog bantu SEO ke bro JbO.

    1. jebengotai

      ermm..rasanya x..sbb yg indeks nya ialah entri..sy x pasti..huhu

  23. Nadot

    hebat betul 3 blog2 tu… gud lak JO! 😉

  24. Panas Giler (djchef)

    3-3 blog tu memang dapat membuatkan pengunjung duduk lama di blog tu, 3-3 peramah 🙂

    1. jebengotai

      mmg peramah dan sporting bro.. 🙂

  25. azmanisma

    Banyak perkara yang terlepas sekarang ni – baru nak aktif semula.

  26. segalabenda

    memang pilihan yang tepat..3-3 blog tu tempat orang ramai “berlepak”

  27. hatiputera

    Semakin mendaki ke puncak nih.

  28. cik tom

    3-3 blog tu mmg ciktom suka sggh kl on9…

  29. Juan

    wah, x perasan yg bro pon masuk yer, tahniah

  30. kaishin

    selamat berjaya bro..selalu jd silent reader DH yg dua lagi tu tak pernah singgah lagi..

  31. Afifah Munirah

    Ternyata hebat dan mereka semua otai 🙂

  32. budak felda

    amanz tu mmg aku suka sbb selalu baca bab gadget versi malaysia hehehe

  33. LadyBird

    nanti lady terjah.. tp ade yg dh knl, tp jrg masuk.. huhu

  34. adam narzuan

    jom terjah mereka.. Terjah jangan tak terjah..

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.